Khalijah dilantik GCFO Maybank - Utusan Malaysia

Khalijah dilantik GCFO Maybank

KHALIJAH ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maybank mengumumkan pelantikan Khalijah Ismail sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Beliau memangku jawatan GCFO sejak 29 Jun berikutan peletakan jawatan Datuk Amirul Feisal Wan Zahir yang dilantik sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Menurut Maybank, Khalijah memperoleh kelayakan profesionalnya dengan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom pada 1989.

Beliau kemudiannya berkhidmat di Ernst & Young dan Datapower Sdn. Bhd. sebelum menyertai Maybank pada 1991.

“Beliau mempunyai pengalaman luas di Maybank setelah berkhidmat di pelbagai peranan utama di dalam Kumpulan termasuk Operasi Perbendaharaan, Perbankan Korporat & Pelaburan dan Operasi Antarabangsa, serta menguruskan program transformasi menyeluruh untuk Maybank,” katanya dalam kenyataan.

Maybank berkata, sebelum dilantik sebagai GCFO, Khalijah memegang jawatan Pengawal Kewangan Kumpulan sejak Januari 2014 dan melapor kepada GCFO pada ketika itu.

Jelasnya, peranan utama di bawah bidangnya sebagai Pengawal Kewangan Kumpulan termasuk menguruskan laporan kewangan, fungsi perakaunan, pelaporan peraturan, penilaian kualiti aset & kemerosotan nilai, fungsi kawalan produk perbendaharaan dan perolehan strategik untuk Kumpulan.

Katanya, beliau juga telah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peninjauan Kemerosotan Nilai Kumpulan, Pengerusi Lembaga Pengurusan Maybank International (Labuan) Limited, Ahli Lembaga Pengarah Maybank Kim Eng Securities Pte Ltd (MKES) dan ahli jawatankuasa pengurusan lain seperti Jawatankuasa Audit Dalaman Kumpulan, Jawatankuasa IT Kumpulan dan Jawatankuasa Perolehan & Harta Kumpulan.

“Pada masa yang sama, beliau juga masih menganggotai Majlis Mentor Wanita Maybank,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias ​​berkata, pelantikan Khalijah menunjukkan kesinambungan pucuk pimpinan dalaman
Maybank.

“Selain itu, ianya sejajar dengan komitmen kami mendukung aspek kepelbagaian dan ekuiti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN