Kempen prihatin Takaful IKHLAS - Utusan Malaysia

Kempen prihatin Takaful IKHLAS

PENYERAHAN sumbangan IKHLAS Waqf & Endowment bernilai hampir RM26,000 daripada Takaful IKHLAS kepada Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Takaful IKHLAS, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) melancarkan kempen keprihatinan masyarakat terbaharu iaitu #IKHLASKongsi.

Bersempena tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu Malaysia Prihatin, kempen #IKHLASKongsi diilhamkan atas rasa prihatin membantu golongan kurang  bernasib baik dan masyarakat yang terkesan dari segi ekonomi dan sosial akibat penularan wabak Covis-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin berkata, tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malayia merupakan inspirasi Takaful IKHLAS dalam menjayakan kempen tersebut.

“Kami di Takaful IKHLAS komited untuk turut bersamasama dengan rakyat Malaysia dalam membantu golongan kurang bernasib baik.

“Selain membantu meringankan beban penerima, kami berharap sumbangan yang diberikan melalui kempen #IKHLASKongsi ini dapat memberikan keceriaan, memupuk nilai prihatin serta kasih sayang dalam kalangan komuniti sekitar masjid dan surau yang terpilih,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Takaful IKHLAS, bagi menjayakan kempen #IKHLASKongsi, syarikat akan memanfaatkan dana patuh syariah yang ditubuhkan iaitu IKHLAS Barakah House.

“Ia bertujuan menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat yang positif melalui aktiviti-aktiviti melibatkan aspek kesihatan, pendidikan, komuniti, ekonomi dan alam sekitar,” katanya.

Jelasnya, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dirancang di bawah kempen #IKHLASKongsi ini.

Sebagai permulaan, Takaful IKHLAS telah bekerjasama dengan enam buah masjid dan surau di sekitar Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur bagi mengagihkan  sumbangan wang tunai dan bekalan asas makanan berjumlah RM50,000 kepada 200 keluarga yang kurang bernasib baik dan terkesan akibat pandemik Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN