Ekonomi Turki tumbuh 21.7% pada suku kedua, yang paling pesat berkembang di dunia -

Ekonomi Turki tumbuh 21.7% pada suku kedua, yang paling pesat berkembang di dunia

RECEP TAYYIP ERDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekonomi Turki berkembang 21.7 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2021, sejajar dengan jangkaan dan menjadikannya ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia.

Bercakap pada majlis graduasi Gendarmerie dan Coast Guard Academy, Presiden Raccip Tayyip Erdoğan berkata, angka pertumbuhan suku kedua yang diumumkan hari ini sekali lagi membuktikan dinamisme, potensi pengeluaran dan daya tahan ekonomi Turki.

“Angka pertumbuhan pada suku kedua ini sekali membuktikan dinamisme ekonomi Turki,” katanya.

Erdogan berkata, pada 2020 ekonomi negara itu mencatatkan pertumbuhan 1.8 peratus, dan aliran itu berterusan.

“Kami mengekalkan momentum yang kami peroleh tahun lalu, pada suku pertama tahun ini dengan kadar pertumbuhan 7.2 peratus. Dan pertumbuhan suku kedua yang diumumkan hari ini sekali lagi membuktikan ekonomi Turki adalah ,ekonomi berkembang pesat di dunia,” katanya.

Katanya, berdasarkan petunjuk positif ini ekonomi Turki untuk tahun 2021 yang menunjukkn kadar pertumbuhan yang mantap.

“Organisasi antarabangsa yang selalu menyebarkan perkara pesimis tentang ekonomi Turki sekarang mula menyemak prospek pertumbuhan ke arah peningkatan. Ini masa untuk bertindak lebih bersemangat untuk pelaburan, pengeluaran, eksport dan pengambilan kerja.

“Kita berhadapan dengan peluang hebat dengan memanfaatkan setiap peluang dan kita yakin untuk menjadikan negara ini negara berasaskan pelaburan dan pengeluaran.

“Dengan itu, apa sahaja yang pihak lain lakukan dan apa sahaja yang mereka kata, kita hanya perlu menjaga perniagaan kita dan fokus kepada matlamat kita,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.