PETALING JAYA: Bukan semua perniagaan akan menikmati manfaat yang dicanangkan oleh pihak yang menyokong untuk menyegerakan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin berkata, perjanjian tersebut mementingkan mereka yang terlibat dalam industri eksport tanpa menghiraukan kesan kepada ekonomi tempatan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terlibat dengan sektor perkhidmatan dan selain eksport. Tegas beliau, CPTPP turut memaksa…