Brent dijangka cecah AS$90 setong - Utusan Malaysia

Brent dijangka cecah AS$90 setong

PENINGKATAN permintaan terus mendorong kenaikan harga minyak mentah Brent dan WTI di pasaran global. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Goldman Sachs menaikkan unjuran harga minyak mentah Brent kepada AS$90 (RM376.70) setong daripada AS$80 (RM334.64) pada akhir tahun ini didorong oleh  pemulihan permintaan yang lebih cepat.

Pemulihan permintaan terhadap minyak mentah dijangka lebih cepat berbanding varian Delta dan Taufan Ida yang membadai Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

Semalam, Brent meneruskan momentum kenaikan apabila mencapai AS$80 (RM334.64) setong, di tengah-tengah petanda bahawa permintaan terus mening kat menjelang penawaran untuk penghabisan inventori di sebalik krisis tenaga global.

Penanda aras minyak mentah global itu meningkat untuk hari keenam terutur-turut, mencapai paras tertinggi sejak Oktober 2018, sementara West Texas Intermediate (WTI) turut  merekodkan kenaikan.

Harga hadapan Brent untuk November meningkat 0.8 peratus kepada AS$80.19 (RM335.43) setong di bursa ICE Futures Eropah, Singapura pada pukul 11.06 pagi semalam.

WTI untuk penghantaran November juga meningkat 0.8 peratus kepada AS$76.08 (RM318.24) setong di New York Mercantile Exchange.

Peningkatan terbaharu berlaku di tengah-tengah ramalan kenaikan harga dan spekulasi mengenai industri tenaga tidak melabur secukupnya dalam bahan bakar fosil untuk mengekalkan bekalan pada tahap semasa.

Menurut laporan, harga minyak melambung tinggi tahun ini sama seperti usaha pemvaksinan bagi mengekang pandemik Covid-19, mendorong penurunan inventori di Amerika Syarikat (AS).

Lonjakan stok gas asli secara mendadak juga telah menimbulkan persaingan bahawa minyak mentah akan mendapat keuntungan daripada limpahan permintaan ketika pengguna  mencari sumber alternatif.

Trafigura Group, pasaran perdagangan komoditi terbesar di dunia, merupakan antara pihak yang meramalkan harga minyak bakal lebih tinggi.

Ketua Strategi di JTD Energy Services Pte, John Driscoll berkata, rali kenaikan harga minta mentah seolah-olah meninjukkan ia masih memiliki ‘beberapa kaki.’

“Asasnya masih cukup meyakinkan, permintaan pulih, bayaran tangguh serah semakin meningkat. Saya belum melihat bukti bahawa rali ini telah berakhir,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN