Bliese, Bunkface jalin kerjasama - Utusan Malaysia

Bliese, Bunkface jalin kerjasama

ANGGOTA Kumpulan Bunkface pada majlis pelancaran lagu berjudul Sentiasa Bersamamu dan penyegar udara Bliesematic edisi terhad, Sweet Mariposa, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat wangian serbaguna, Bliese (M) Sdn. Bhd. (Bliese) bekerjasama dengan kumpulan Bunkface bagi menghasilkan sebuah lagu berjudul Sentiasa Bersamamu sempena sambutan ulang tahun kedua syarikat itu.

Vokalis kumpulan Bunkface, Sam berkata, kerjasama itu merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk memartabatkan produk tempatan.

“Di samping itu, kami amat selesa bekerjasama dengan Bliese di mana kami merasakan ada keserasian dalam kolaborasi muzik video ini,” katanya dalam kenyataan.

Karya dihasilkan oleh kumpulan itu berkisarkan perjalanan lebih 9,000 usahawan yang selama ini bertungkus-lumus mempromosikan produk Bliese sebagai sumber pendapatan mereka.

Lagu itu telah dihasilkan awal tahun ini dan menjalankan penggambaran muzik video pada Mac lalu, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bermula.

Menurut Bliese, syarikat dan Bunkface merancang untuk kerjasama seterusnya demi membantu para usahawan serta memartabatkan produk tempatan ke persada antarabangsa.

PENYEGAR udara Bliesematic edisi terhad, Sweet Mariposa, wangian terbaharu dikeluarkan oleh Bliese.

Syarikat wangian tempatan yang mengeluaran pelbagai variasi wangian serbaguna untuk rumah, kenderaan dan diri itu menyasarkan pendapatan RM30 juta tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Saiful berkata, Bliese bakal mendapat bantuan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi menembusi pasaran global antaranya Amerika Syarikat (AS) dan Perancis.

“Pelan mengeksport ke dua negara itu dijadualkan pada tahun ini tetapi kerana kekangan disebabkan pandemik Covid-19, ia terpaksa ditangguhkan sementara waktu,” kata beliau.

Bersempena ulang tahun keduanya, Bliese telah mengeluarkan produk penyegar udara Bliesematic edisi terhad diberi nama Sweet Mariposa.

Haruman anti-bakteria yang mengandungi campuran haruman daripada buah pic, epal, oren, bunga jasmin dan ros itu telah terjual di Ibu Pejabat Bliese sebanyak 20,000 unit dalam  masa hanya 50 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN