BDB akan bangun premium outlet di Langkawi - Utusan Malaysia

BDB akan bangun premium outlet di Langkawi

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua dari kiri) beramah mesra bersama Asri Hamidon (kanan) sambil diperhatikan oleh Mohamed Sharil Tarmizi (tengah), Muhamad Sobri Osman (dua dari kanan) dan Faris Najhan Hashim (kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: BDBMBI Langkawi Ventures Sdn Bhd (BDBMBI), syarikat usaha sama antara Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bakal membangunkan projek komersial bersepadu di Langkawi di mana ia meliputi ‘Premium Outlet’, outlet perniagaan, outlet makanan dan minuman (F&B) serta kemudahan rekreasi kepada para pelancong dan juga masyarakat setempat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata, projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas 40.975 ekar di Padang Matsirat yang bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Menurut Faris Najhan, projek berkenaan dibahagikan kepada beberapa fasa dan BDBMBI akan memfokuskan kepada pembangunan Fasa 1 dan 2 terlebih dahulu yang melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM817 juta manakala baki fasa adalah untuk pembangunan pada masa hadapan.

Jelas beliau, keseluruhan pembangunan memfokuskan kepada konsep membeli belah yang dihiasi dengan kawasan hijau serta struktur bangunan yang melambangkan kebudayaan ikonik Melayu.

Pembangunan Fasa 1 dikenali sebagai ‘Malaysia Designer Outlet’ di mana outlet-outlet fesyen tempatan, restoran-restoran masakan fusion berkonsepkan eksklusif atau ‘fine-dining’ serta ‘coffee house’ akan mula dibangunkan pada Oktober 2021 dan siap sepenuhnya pada Julai 2022. Fasa ini juga akan melibatkan
pembinaan 37 unit outlet perniagaan yang di kawasan seluas 4.07 ekar.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (belakang paling kiri) dan Asri Hamidon (belakang paling kanan) menyaksikan Perjanjian Cadangan Pembangunan Langkawi Premium Outlet ditandatangani oleh Presiden Faris Najhan Hashim (depan, kiri), Nasaruddin Abdul Muttalib (depan, tengah) dan Muhamad Sobri Osman (depan, kanan)

“Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membawa syarikat tempatan ke peringkat dunia, kualiti yang dihasilkan oleh syarikat pereka fesyen di sini nanti juga telah dikenali di Malaysia serta perkhidmatan F&B turut menepati standard antarabangsa.

“Selain itu, terdapat juga perkhidmatan F&B yang mempersembahkan seni budaya Melayu di dalam unit outlet perniagaan di Fasa 1 bagi menghidupkan seni budaya Melayu supaya ‘Tak Lapok Dek Zaman’ melalui makanan, penampilan kakitangan serta persembahan budaya khas kepada pelancong tempatan dan luar negara.

“Di samping itu, dianggarkan hampir 100 peluang pekerjaan akan diwujudkan sekaligus membantu merancakkan lagi ekonomi penduduk setempat dan sehingga hari ini, hampir 90 peratus usahawan di sekitar Langkawi serta Semenanjung Malaysia telah mengesahkan penglibatan mereka dalam perniagaan di Fasa 1,” katanya dalam kenyataan di sini hari ni

Terdahulu, Faris Najhan menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Cadangan Pembangunan Langkawi Premium Outlet antara BDBMBI dan LADA yang disaksikan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Anis Rizana Mohd Zainudin; Pengerusi Kumpulan BDB, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi; Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated, Muhamad Sobri Osman.

Pada 20 November 2019, LADA telah menganugerahkan surat tawaran kepada BDB untuk membangunkan pembangunan komersial bersepadu di kawasan
seluas 24.27 ekar di Padang Matsirat, Langkawi. Enam bulan kemudian iaitu pada 6 Mei 2021, BDB ditawarkan surat tawaran yang telah dikemaskini untuk membangunkan kawasan yang lebih besar iaitu seluas 40.975 ekar.

Jelas Faris Najhan lagi, Fasa 2 yang juga merupakan ‘Jantung’ projek tersebut akan menyaksikan pembangunan ‘Premium Outlet’ di atas kawasan seluas 29 ekar yang akan bermula pada Januari 2022 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac 2024.

Ujarnya, Fasa 2 tersebut akan menyaksikan penawaran kepada lebih banyak jenama antarabangsa yang premium pada harga yang kompetitif sekaligus bakal menjadi destinasi pelancongan dan tarikan terbaru di pulau peranginan ini.

“Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pengalaman membeli belah yang unik dan berbeza dengan konsep ‘Eco-Friendly’ serta ‘Low Carbon City’ yang meliputi kawasan hijau, keindahan lanskap tasik serta jambatan penghubung antara satu bangunan ke bangunan yang merupakan ciri-ciri istimewa serta tarikan kepada para pengunjung ke ‘Premium Outlet’ di Langkawi ini.

“BDBMBI juga yakin pembangunan Fasa 2 akan merancakkan lagi ekonomi di Langkawi dengan menawarkan hampir 1,400 peluang pekerjaan kepada penduduk Langkawi khususnya dan penduduk Kedah amnya sekaligus membantu mengatasi masalah pengangguran di negeri Kedah.

“InsyaAllah, pembangunan ‘Premium Outlet’ ini mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke sini dan akan mengukuhkan lagi reputasi Langkawi sebagai destinasi percutian terkemuka di seluruh dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Nasaruddin berkata, pembangunan komersial bersepadu ‘Premium Outlet’ Langkawi ini dirancang bagi mewujudkan sebuah produk tarikan
pelancongan baru yang memiliki kedai-kedai barangan berjenama (branded retail outlets), konsep pembangunan baharu yang pertama kalinya dibangunkan di pulau ini.

“Kita mengharapkan projek pembangunan ini akan menjadi nilai tambah kepada kemajuan industri pelancongan Langkawi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.