Widad terima tender bina sekolah bernilai RM53.2 juta - Utusan Malaysia

Widad terima tender bina sekolah bernilai RM53.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Widad Group Berhad menerima tender pembinaan sekolah baharu 42BD dan lain-lain kemudahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mahkota, Bangi melalui anak syarikat milik penuhnya, Widad Builders Sdn. Bhd (WBSB).

Menurut kumpulan itu, tender tersebut dianugerahkan Jabatan Kerja Raya pada 12 Ogos lalu dan ia diterima dengan sewajarnya oleh WBSB pada 17 Ogos.

Katanya, jumlah keseluruhan nilai kontrak tersebut adalah sebanyak RM53.2 juta dan tempoh kontrak adalah selama 132 minggu bermula 23 Ogos ini sehingga 3 Mac 2024.

“Projek tersebut tidak akan memberi apa-apa impak kepada modal saham yang diterbitkan dan pegangan pemegang saham Widad. Namun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Widad dan anak syarikatnya sepanjang tempoh projek.

“Projek tersebut dijangka didanai melalui penjanaan dana dalaman dan/atau pinjaman luar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut kumpulan itu, pihaknya tidak melihat apa-apa risiko signifikan melibatkan projek tersebut, melainkan risiko yang timbul akibat pandemik Covid-19 dan risiko operasi melibatkan projek tersebut sepanjang tempoh kontrak.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut juga berpandangan, projek tersebut akan memberi kebaikan kepada kumpulan Widad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN