Tuju Setia tender projek bernilai RM3.8 bilion  - Utusan Malaysia

Tuju Setia tender projek bernilai RM3.8 bilion 

TUJU Setia mengunjurkan prospek masa hadapan syarikat yang cerah pada separuh kedua 2021. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tuju Setia Berhad (Tuju Setia) sedang mendapatkan tender untuk projek bernilai RM3.8 bilion terutamanya untuk membina bangunan tinggi dan pembinaan kemudahan kesihatan seperti hospital.

Pengarah Urusannya, Wee Eng Kong berkata, dalam dua bulan terakhir, pihaknya telah dijemput oleh pemain hartanah untuk mengemukakan tender BAGI projek pembinaan kediaman dan bukan kediaman bertingkat tinggi.

“Pada masa yang sama, terdapat permintaan tender untuk reka bentuk dan pembinaan kemudahan kesihatan termasuk hospital terutamanya dari sektor swasta, bagi mengurangkan masalah kekurangan katil hospital di Malaysia.

“Kami melihat prospek positif walaupun dunia sedang dilanda pandemik Covid-19. Rekod prestasi kami dengan pemaju hartanah yang berwibawa adalah menguntungkan, kerana kami bersedia menyokong pelancaran baharu mereka.

“Begitu juga dengan kelayakan kami sebagai kontraktor kelas G7 dan kategori B29 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), yang telah mengizinkan kami untuk melakukan aktiviti pembinaan kemudahan penjagaan kesihatan dan hospital,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, hasil tender sebanyak RM3.8 bilion itu berpotensi menambah tunggakan semasa buku pesanan pihaknya berjumlah RM1.2 bilion bagi mendorong pertumbuhan masa hadapan syarikat.

Eng Kong memberitahu, prospek masa hadapan syarikat pada separuh kedua 2021 adalah cerah memandangkan pihaknya telah memperoleh kelulusan untuk memulakan kerja-kerja pembinaan semua projek yang sedang berjalan.

“Selain itu, kami juga telah mengatur agar semua pekerja kami divaksin sepenuhnya selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat untuk semua,” katanya.

Buku pesanan Tuju Setia yang bernilai RM1.2 bilion itu merangkumi pakej kerja untuk Mutiara Central Office Suites (Cheras), Riana Dutamas Tahap Dua (Segambut), The Pulse Residence (Bandar Puteri Puchong), Emerald Hills Fasa 3 dan 4 (Cheras), TUAI Residence (Setia Alam), 121 Residences (Petaling Jaya), One Equine (Seri Kembangan) serta Hospital wanita dan kanak-kanak (Kajang).

Projek-projek itu dijangka dapat mengekalkan keuntungan syarikat sehingga tahun kewangan 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN