Toyota rai jualan Corolla ke-50 juta - Utusan Malaysia

Toyota rai jualan Corolla ke-50 juta

jokowi
Corolla Cross antara model yang dilancarkan oleh Toyota di pasaran tempatan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Toyota meraikan jualan Corolla ke-50 juta di peringkat global.

Sehingga kini, kira-kira 300,000 unit Corolla telah dijual dalam pasaran tempatan, menjadikannya sebahagian daripada 50 juta unit yang telah terjual di seluruh dunia.

Menurut Toyota, populariti Toyota di pasaran tempatan terus meningkat dengan Corolla yang diperkenalkan pada 1968, menjadi model paling laris.

Katanya, bagi tempoh antara 2010 hingga 2020, Corolla menyumbang sebanyak enam peratus daripada jualan keseluruhan Toyota di negara ini.

Tambahnya, model generasi ke-10 yang dijual antara 2006 hingga 2013, menjadi generasi paling laris setakat ini dengan jualan kira-kira 40,000 unit.

Presiden UMW Toyota Motor, K. Ravindran berkata, kejayaan tersebut disebabkan ia menjadi standard baharu bagi kecemerlangan automotif dalam kelasnya, menawarkan sebuah sedan yang dinamik dan maju dengan gaya mewah.

Kata beliau, ia turut lengkap dengan tahap keselamatan lebih tinggi sera mesra alam.

“Setiap generasi Corolla, sejak yang pertama, telah menjadi penyumbang kepada peralihan jenama ini.

“Bermula dari generasi pertama yang memacu permulaan budaya permotoran bagi kelompok massa, sehinggalah generasi terkini yang menjadi teras perubahan itu, Corolla sentiasa selari dengan perubahan dalam masyarakat dan standard ekonomi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Toyota, setiap generasi Corolla telah membawa bersamanya teknologi baharu untuk beberapa aspek, peningkatan prestasi, kecekapan penggunaan bahan api, keselamatan dan keselesaan.

Dalam sesetengah model, jelasnya, teknologi berkenaan adalah yang terulung dalam kelas kenderaan yang sama dengan Corolla, kalaupun bukan dalam pasaran tempatan.

“Dalam perkembangan yang lebih baharu kini, selain TNGA (Toyota New Global Architecture), Corolla hadir dengan ciri keselamatan lebih canggih serta teknologi keterhubungan yang lebih baik,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN