Revenue Monster tawar pendigitalan percuma untuk PKS - Utusan Malaysia

Revenue Monster tawar pendigitalan percuma untuk PKS

Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM35 dalam satu transaksi layak mendapatkan rebat segera sebanyak RM5. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Revenue Monster dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menganjurkan kempan Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online (SMO) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Kempen itu merupakan satu inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan sedang berlangsung sehingga 31 Disember ini.

Melalui kempen itu, Revenue Monster bekerjasama dengan pemilik-pemilik PKS untuk mendigitalkan perniagaan mereka melalui à la carte, satu
penyelesaian kedai super dalam talian yang berfungsi semua-dalam-satu.

Ia direka oleh Revenue Monster untuk membantu para peniaga agar membawa perniagaan mereka ke dalam talian, memacu kelestarian perniagaan dan menjana pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Monster, Amanda Chin berkata, sebagai syarikat yang bertujuan untuk memudahkan proses pendigitalan bagi perniagaan dan PKS secara khususnya, Revenue Monster berbesar hati menjadi sebahagian daripada kempen Go-eCommerce.

“Kami tahu waktu sekarang adalah sukar dan PKS memerlukan bantuan untuk menghadapi pandemik yang berterusan ini.

“Kini, perniagaan tempatan boleh mengambil peluang atas ekosistem Revenue Monster yang luas untuk menambahbaik perniagaan mereka dengan beralih ke arah digital tanpa kos,” katanya dalam kenyataan.

Perniagaan yang berdaftar dengan kempen tersebut akan menerima manfaat daripada empat ciri utama Revenue Monster iaitu:
* Menerima satu terminal bayaran dan bahan pemasaran secara percuma.
* Memiliki kedai dalam talian (à la carte).
* Penyelesaian pembayaran yang lancar – Pautan Pembayaran.
* Platform Terminals, Aplikasi Pedagang dan Portal yang boleh digunakan secara serentak.

Amanda berkata, dalam membantu perniagaan untuk menyertai kempen Go-eCommerce, Revenue Monster berharap membantu para peniaga memperolehi pendapatan tambahan melalui kempen rebat SMO yang menawarkan rebat tunai sehingga RM85,000.

Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM35 dalam satu transaksi layak untuk mendapatkan rebat segera sebanyak RM5 dengan menggunakan kod promosi: SHOP5.

Kod promosi itu boleh digunakan untuk semua peniaga à la carte dan boleh dituntut oleh pelanggan kali pertama sepanjang tempoh promosi.

“Keseluruhan kempen Go-eCommerce Onboarding dijangka akan memanfaatkan 300,000 perniagaan tempatan, sesuatu yang amat diperlukan dalam industri ketika ini,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN