Pendapatan Samcheng Holdings meningkat 85 peratus - Utusan Malaysia

Pendapatan Samcheng Holdings meningkat 85 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendapatan Samcheng Holdings Berhad (Samcheng)  meningkat 85 peratus kepada RM371.56 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021, daripada RM201.9 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut syarikat pengedar bahan kimia itu,  peningkatan tersebut disebabkan oleh jumlah jualan yang lebih tinggi di pasaran Malaysia, Vietnam dan Singapura serta harga jualan purata bahan kimia yang lebih tinggi.

Katanya, punca utama lonjakan dalam keuntungannya adalah disebabkan oleh peningkatan margin dalam pasaran Malaysia, Vietnam dan Singapura serta kos kewangan yang lebih rendah.

Margin sebelum cukai untuk suku kedua tahun ini adalah 8.6 peratus berbanding 6.2 peratus tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Samchem, Ng Thin Poh berkata, portfolio bahan kimia syarikat yang komprehensif dengan pelaksanaan strategi penambahbaikan kecekapan telah memberikan hasil yang mampan.

“Perniagaan Samchem terus menunjukkan daya tahan walaupun pelbagai cabaran perlu diharungi seperti sekatang perjalanan berikutan pandemik Covid-19.

“Strategi kami untuk muncul di pelbagai pasaran telah berjalan dengan lancar memandangkan kami kurang terkesan dengan kitaran ekonomi dan keadaan negara yang tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, setelah sekatan perjalanan ditamatkan, syarikat akan memulakan pembinaan gudang di Pulau Indah yang dijangka akan memakan masa sekitar satu tahun untuk siap sepenuhnya.

Jelasnya, pembinaan gudang itu yang dijangka mula beroperasi pada tahun hadapan, akan menggandakan kapasiti simpanan di Lembah Klang.

“Kami akan menggabungkan kawasan pengadunan kami dengan kemudahan simpanan dalam gudang baharu yang berhampiran dengan pelabuhan itu, sekali gus dapat meningkatkan kecekapan dan menjimatkan kos,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN