Pelaburan lestari bukan lagi pilihan  - Utusan Malaysia

Pelaburan lestari bukan lagi pilihan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Manulife Investment Management mengeluarkan laporan Global Intelligence separuh tahun, yang menonjolkan perspektif penting daripada pasukan pelaburannya.

Menurut Manulife Investment, tema utama dalam laporan itu merangkumi peranan faktor-faktor alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) yang semakin meningkat, termasuk biodiversiti dan pengawasan dalam penilaian makroekonomi dan penciptaan nilai di semua spektrum kelas aset.

Katanya, pasukan pelaburan juga menggambarkan kes bagi bon China sebagai kelas aset kendiri, serta peranan aset sebenar dalam memperdalamkan pencarian untuk hasil dan jaminan pendapatan dalam persaraan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Investment, Paul R. Lorentz berkata, satu hasil yang berkekalan dalam tahun lalu ialah kepentingan kelestarian.

“Berlatar belakang perkara ini, kami menumpukan kebanyakan daripada edisi terkini Global Intelligence untuk meneliti senario kelestarian tersebut dan kesan mereka ke atas pelaburan dan keputusan pelaburan,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Kewangan Berkanun, Ketua Pasaran Awam Global di Manulife Investment, Christopher P. Conkey berkata, pelaburan lestari bukan lagi satu pilihan sebaliknya ia adalah keperluan bagi syarikat, ekonomi global, dan pelabur-pelaburnya.

“Kami telah membuat kemajuan yang signifikan pada tahun lalu ini dan berhasrat untuk mempertimbangkan kelestarian dalam semua yang kami lakukan sebagai sebuah perniagaan, di seluruh kelas aset tradisional dan alternatif,” jelas beliau.

Manulife Investment ialah segmen pengurusan kekayaan dan aset global Manulife Financial Corporation.

Setakat 31 Mac 2021, Manulife Investment memiliki aset bawah pengurusan dan pentadbiran bernilai AS$607.6 bilion (RM2.567 trilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN