Northport bantu golongan terjejas Covid-19 - Utusan Malaysia

Northport bantu golongan terjejas Covid-19

PENGURUS Besar Operasi Terminal Northport, yang juga merupakan Pegawai Pemerintah, 1 Skuadron Rejimen Pakar Pengendalian Pelabuhan ke-40, Rejimen Askar Jurutera DiRaja (AW), Mejar Fakhrul Azhar Tajudin (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Northport kepada Dr. Shanti Mullai A/P Mohanadasa untuk kemudahan pusat saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang, Selangor. – GAMBAR NORTHPORT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd. (Northport) terus memainkan peranan membantu komuniti yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sepanjang Julai lalu, Northport telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui pengedaran 2,000 set bungkusan makanan asas kepada masyarakat kurang berkemampuan di sekitar daerah Klang.

Menurut Northport, bagi memastikan penyaluran bantuan yang cekap dan berkesan, syarikat telah bekerjasama dengan lebih 20 masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengenal pasti penerima yang layak.

Selain membantu komuniti, syarikat juga telah menyumbang peralatan perubatan dan barangan kepada Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang untuk kemudahan pusat saringan COvid-19.

“Peralatan ini merangkumi monitor tekanan darah, termometer dahi inframerah, kipas, meja serta peralatan lain. Pada awal Julai lalu, Northport juga telah menyumbang mesin terapi nasal high flow untuk kegunaan merawat pesakit Covid-19 di Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, sebagai organisasi korporat yang bertanggungawab, Northport komited untuk terys membantu komuniti dan petugas barisan hadapan dalam mengharungi masa yang sukar dan mencabar ini.

“Saya percaya bahawa kita akan dapat keluar dari krisis kesihatan ini bersama-sama dengan lebih kuat,” katanya.

Northport merupakan gerbang pelabuhan pelbagai guna terbesar seumpamanya dalam sistem pelabuhan negara.

Northport merupakan syarikat di bawah MMC Port Holdings Sdn. Bhd. (MMC Ports), penyedia perkhidmatan logistik bersepadu terbesar di Malaysia.

MMC Ports adalah anak syarikat milik penuh MMC Corporation Berhad, sebuah kumpulan utiliti dan infrastruktur terkemuka yang menjalankan pelbagai perniagaan di bawah empat bahagian iaitu Pelabuhan & Logistik, Tenaga & Utiliti, Kejuruteraan serta Pembangunan Industri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN