MIA tarik pelaburan RM1 juta - Utusan Malaysia

MIA tarik pelaburan RM1 juta

AZLEEN ABDUL RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Platform teknologi pemasaran dan media digital, Marketing In Asia (MIA), berjaya menarik pelaburan strategik sebanyak RM1 juta (AS$250,000) daripada Kuber Ventures, syarikat studio-teroka berpusat di Singapura.

Menurut MIA, Kuber Ventures membuat pelaburan kerana keinginan syarikat itu untuk menguasai sektor teknologi pemsaran dan media di Asia Pasifik.

“Ia juga berdasarkan prestasi platform ini (MIA) yang unik dan berpotensi untuk menjadi lebih popular di peringkat global,” katanya dalam kenyataan.

Pengarah Strategi Penjenamaan MIA, Azleen Abdul Rahim berkata, objektif MIA bukan sahaja untuk meningkatkan jumlah kandungan dan senarai pembuat kandungan berdaftar, tetapi juga menjadi platform tumpuan bagi segala aspek tentang pemasaran.

“Syarikat, organisasi dan pembuat kandungan akan datang ke MIA bukan sahaja untuk memuat naik kandungan mereka bagi mendapatkan perhatian dunia, tetapi juga mendapatkan khidmat pemasaran dan menawarkan perkhidmatan pemasaran mereka,” katanya.

Beliau menjangkakan pertumbuhan jumlah kandungan yang ada di MIA dan peningkatan pembuat kandungan dengan ketara dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Jelasnya, MIA yang ketika ini mempunyai dua orang editor di rantau ini iaitu Filipina dan Singapura, akan meningkatkan jumlah tersebut dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Kuber Ventures, Alok Kumar berkata, teknologi merupakan tulang belakang pemasaran pada masa ini.

“Kuber Ventures komited untuk menjadikan MIA sebagai satu platform yang akan memudahkan para pembuat kandungan untuk menarik lebih banyak trafik internet ke aset-aset digital mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN