Menang pangsapuri dengan pembiayaan CBP - Utusan Malaysia

Menang pangsapuri dengan pembiayaan CBP

KEMPEN Pembiayaan Persendirian-i Money For Merdeka (M4M2.0) anjuran Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai berpeluang memenangi sebuah pangsapuri bernilai RM100,000 melalui Kempen Pembiayaan Persendirian-i Money For Merdeka (M4M2.0) anjuran Co-opbank Pertama (CBP).

Selain pangsapuri, pelanggan yang bertuah turut berpeluang memenangi motosikal, komputer riba dan wafer emas serta banyak lagi hadiah menarik.

Menurut CBP, kempen M4M2.0 berlangsung sehingga 15 September ini, terbuka kepada kakitangan kerajaan dan swasta yang terpilih.

“Menerusi pembiayaan persendirian ini, individu yang layak boleh memohon pembiayaan tunai sehingga maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan selama 10 tahun dan kadar tetap serendah 2.69 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Kempen M4M mula dianjurkan tahun lalu dengan pelanggan CBP dari Kota Kinabalu, Sabah, Clarence Tami, muncul pemenang dengan memenangi pangsapuri bernilai RM100,000 di Pulau Pinang.

CBP berkata, M4M2.0 turut menyasarkan pelanggan yang ingin menyatukan komitmen kewangan mereka melalui pembiayaan peribadi di bank berkenaan.

Katanya, kempen itu terbuka kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun berstatus tetap dengan tempoh berkhidmat lebih tiga bulan.

“Ia turut terbuka kepada kakitangan berstatus kontrak bersambung tidak kurang dua tahun berkhidmat membabitkan warga kerja KEMAS dan Jabatan Perpaduan sahaja, selain mereka yang bekerja dengan anak syarikat kerajaan atau syarikat milik kerajaan (GLC).

“Bagi pekerja swasta, ia tertakluk kepada syarikat yang terpilih atau Panel Majikan Dilantik,” jelasnya.

Selain pembiayaan peribadi, CBP yang mempunyai 28 cawagan di seluruh negara, turut menawarkan pelbagai produk kewangan patuh Syariah meliputi pembiayaan perumahan/hartanah, simpanan/deposit, Ar-Rahnu, takaful dan wasiat.

“Bagi pelanggan koperasi dan korporat pula, CBP turut menawarkan pelbagai bentuk pembiayaan yang bertujuan membantu pengembangan perniagaan pelanggan,” jelas bank itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan CBP, sila layari www.cbp.com.my atau menghubungi talian khidmat pelanggan CBP di 1-300-88-7650. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya