Kempen pemasaran digital semasa pandemik - Utusan Malaysia

Kempen pemasaran digital semasa pandemik

TIKTOK menjadi antara platform media sosial paling berpengaruh untuk pemasaran digital . – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CABARAN menempuh krisis pandemik yang berlanjutan ini merupakan satu dugaan yang perlu dihadapi setiap masyarakat dalam kehidupan pada masa kini. Bagi para  usahawan dan sektor perniagaan, cabaran ini bukan sahaja mengubah amalan  pengurusan dan sistem operasi, tetapi turut mempengaruhi pelbagai kaedah dan  strategi pemasaran dalam memastikan kelestarian perniagaan dan pasaran.

Kesan daripada krisis ini juga turut menyaksikan penggunaan digital yang meningkat  drastik sebagai medium pilihan berkomunikasi, sumber rujukan maklumat, pertemuan  maya mahupun hiburan. Peralihan budaya pasaran ini secara tidak  langsung telah merangsang sektor perniagaan untuk pembangunan strategi yang  lebih konsisten melalui kempen-kempen pemasaran secara dalam talian.

Terdapat beberapa kaedah yang kini menjadi pilihan kebanyakkan usahawan dan  organisasi perniagaan dalam menjayakan kempen pemasaran digital. Ia juga menjadi  landasan untuk terus berdaya maju sepanjang krisis pandemik ini.

PEMASARAN MEDIA SOSIAL 

Media sosial telah menjadi medium interaksi sosial. Memanfaatkan strategi media  sosial sebagai platform pemasaran dan promosi turut membantu perniagaan dalam  memperkenalkan produk dan perkhidmatan, bahkan merangsang permintaan pasaran  yang baik dalam krisis pandemik ini. Ia turut menjadi landasan perhubungan  dalam pengukuhan kredibiliti perniagaan terhadap prospek dan pelanggan.

Facebook merupakan landasan media sosial pilihan tertinggi untuk pasaran  pengguna, diikuti TikTok, Instagram serta YouTube dalam menyokong penjenamaan  dan menjana jualan secara terus. Sama ada pemasaran tanpa kos mahupun paid-ads,  platform media sosial juga menjadi landasan membina Kandungan Ciptaan Pengguna melalui sokongan testimoni mahupun saranan pelanggan terhadap produk,  perkhidmatan atau penjenamaan.

Interaksi pantas di media sosial juga memerlukan kreativiti dalam berkongsi  kandungan di samping sentiasa aktif dalam berinteraksi bagi meningkatkan lagi keberkesanan kempen pemasaran.

PEMASARAN ENJIN CARIAN

Potensi enjin carian terhadap laman sesawang dan e-dagang juga menyaksikan  peningkatan dalam menjayakan kempen Pemasaran Enjin Carian atau Search Engine  Marketing (SEM). Walaupun teknik Optimasi Enjin Carian memberikan impak capaian pasaran, memanfaatkan SEM dapat mengukuhkan lagi impak ranking carian dan  respons prospek pasaran yang lebih bersasar dan pantas.

Menjayakan kempen Pemasaran Enjin Carian juga memerlukan kos beriklan dan  pengetahuan dalam pengendalian digital.

Pada kebiasaannya, mesin pencari akan menampilkan hasil beriklan di halaman  pertama pada posisi paling atas berserta pengenalan Ad atau ‘Iklan’ melalui platform  seperti di Google Ads.

Ia memfokuskan prospek pasaran berkredibiliti yang mencari maklumat sebelum  berlanggan atau melakukan sebarang pembelian. Melaksanakan SEM secara  terancang mampu menarik pelanggan di samping turut membantu dalam reputasi  dan kredibiliti perniagaan terhadap pelanggan.

PEMASARAN BERPENGARUH

Membina kerjasama pemasaran berpengaruh melalui khidmat Influencers bukan lagi perkara yang asing bagi sebahagian besar perniagaan dan penjenamaan bertaraf  multinasional, sektor komersial sehingga perusahaan kecil dan sederhana.

Ia turut menjadi salah satu inisiatif pilihan dalam menyokong pelbagai kempen  pemasaran digital sepanjang mendepani krisis pandemik ini.

Bekerjasama dengan personaliti media sosial yang selaras dengan aspirasi perniagaan  turut membantu menjangkau demogra pasaran. Melalui kredibiliti seseorang influencers bersama tawaran istimewa seperti kod diskaun, giveaway dan seumpamanya kepada audien mereka juga membantu merangsang impak permintaan di samping membuka prospek pasaran baharu.

Selain itu, Pemasaran E-mel dan Pemasaran Tular juga terbukti membantu dalam  menjayakan kempen pemasaran digital merangkumi proses pengiriman pesanan  kepada pelanggan terhadap setiap kempen pemasaran yang dijalankan. Kaedah ini  bersama paduan keseluruhan di atas turut menyokong dalam menjana impak  permintaan disamping memperkukuhkan lagi kepercayaan pasaran serta kesetiaan pelanggan terhadap perniagaan dengan lebih mampan.

PENULIS adalah perunding pemasaran bertauliah dan pakar pemasaran digital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN