Astro 25 tawar hiburan istimewa - Utusan Malaysia

Astro 25 tawar hiburan istimewa

Pelbagai program menarik ditawarkan oleh Asto sempena sambutan ulang tahun ke-25 stesen itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena ulang tahun ke-25, Astro telah melancarkan ‘Astro 25’di saluran 100, yang menyajikan pelbagai program hiburan istimewa tempatan dan serantau, filem pecah panggung, dan seleksi dokumentari di Astro TV, On Demand dan Astro Go.

Pada masa sama, Astro turut mengumumkan tema #KitaTeguhBersama mendasari kempen Hari Kemerdekaan tahun ini, untuk sama-sama menyeru rakyat Malaysia bersatu dan kekal kuat di saat-saat sukar ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Henry Tan berkata, ia merupakan hari yang teramat istimewa buat Astro dan tema yang diangkat membawa maksud `kita lebih kuat ketika bersama.’

“Ia mencerminkan segala nilai yang kita nampak dalam kalangan rakyat Malaysia dan boleh dijadikan asas utama untuk kita kembali bersatu padu, baik semula dan berkembang di saat-saat sukar ini.

“Kami juga telah melaksanakan beberapa inisiatif selaras dengan semangat #KitaTeguhBersama. Ia termasuk membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia menderma darah bersama Pusat Darah Negara, menyokong kempen imunisasi kebangsaan dengan menjadi sukarelawan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV), membantu golongan yang memerlukan menerusi program komuniti KamiCare dan banyak lagi.

“Tahun ini, Astro berusia 25 tahun dan kami akan terus komited dalam usaha menyajikan rakyat Malaysia dengan seleksi kandungan yang penuh variasi, menggabungkan perkhidmatan-perkhidmatan penstriman terhebat seperti Astro GO, Disney+ Hotstar, HBO Go, iQIYI dan akan datang, Netflix,”katanya dalam sidang media secara maya, baru-baru ini.

Bermula 16 Ogos hingga 3 Oktober ini, semua pelanggan Astro boleh menonton Astro 25 di saluran 100 dan nikmati judul-judul terkini seperti, Tanah Tumpahnya Darah Kita, sebuah dokumentari yang dimulakan dengan kisah seorang lelaki yang setia berkorban dalam melaksanakan tugasnya sebagai tentera dan menceritakan segalanya menerusi surat kepada isteri dan keluarganya. Dokumentari ini turut berkongsi kisah-kisah tentera lain yang berani mempertahankan negara tanpa mengira bangsa, agama, bahasa dan adat masing-masing.

Selain itu, We Are No Different yang juga sebuah dokumentari, mengangkat kisah penerimaan di antara kaum dalam kalangan keluarga dalam negara.

Manakala, Journey to Stardom pula mengisahkan barisan selebriti kesayangan ramai dalam merealisasikan impian masing-masing.

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai sajian menarik melebihi 150 judul yang membariskan program-program tempatan dan filem-filem serantau, seleksi rancangan realiti dan hiburan kegemaran ramai.

Tambahan pula, filem sulung pengarah Chiu Keng Guan di China, On Your Mark, akan disiarkan di saluran 480, Astro First pada 26 Ogos ini.

Filem itu mengisahkan seorang bapa membantu anaknya Orang Kurang Upaya, terlibat dalam acara maraton. Filem tersebut berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM100 juta di China.

Bukan hanya itu, Astra Radio juga akan membawa sajian istimewa termasuk 25 pilihan terhebat, 25 lagu-lagu tempatan popular dan banyak lagi menerusi aplikasi SYOK dan merentasi kesemua stesen radio naungannya.

RAAGA juga akan membawakan konsert maya berdurasi 90 minit di laman Facebooknya bersempena Hari Kemerdekaan, pada 31 Ogos akan datang, yang mana akan dihadiri oleh ramai selebriti tempatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ulangtahun ke-25 Astro serta informasi berkaitan dengan kempen #KitaTeguhBersama, sila layari www.astro.com.my/bettertogether. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya