Altica sumbang 1,000 kit ujian Covid-19 kepada HCTM UKM - Utusan Malaysia

Altica sumbang 1,000 kit ujian Covid-19 kepada HCTM UKM

MAJLIS penyerahan sumbangan kit ujian Covid-19 oleh Altica kepada HCTM di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pembekal alatan perubatan, Altica Sdn. Bhd. (Altica) menyumbangkan sebanyak 1,000 kit ujian Covid-19, Neutralising Antibody bernilai kira-kira RM40,000 kepada Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kit ujian itu bagi mengesan kehadiran antobodi petugas barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 di hospital berkenaan.

Sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Altica, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yassin kepada Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, Prof. Datuk Dr. Hanafiah Harunarashid, semalam.

Hadir sama, Pengarah HCTM, Prof. Datuk Dr. Razman Jasmin dan Pengarah Altica, Dr. Asnawi Ahmad.

Asnawi berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu petugas barisan hadapan di HCTM memastikan mereka sentiasa mempunyai sistem imun yang optimum ketika membantu pesakit-pesakit.

“Kit ujian Covid-19 Neutralizing Antibody antara yang pertama seumpamanya di negara ini telah melalui ujian penilaian di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada Mei lalu,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Dr. Razman berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan sumbangan tersebut untuk menilai keberkesanan antibodi penuetralan di dalam tubuh selepas menerima dos lengkap vaksin.

“Di zaman Covid-19 ini memang semua orang berisiko mendapat jangkitan dan melalui pemberian vaksin ia membantu kita mencegah atau mengurangkan risiko jangkitan berbanding dengan mereka yang tidak menerimanya.

“Melalui ujian kit seperti coretests, walaupun bukan satu kemestian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi saya berpendapat ia salah satu ujian yang bagus digunakan sebagai ujian kendiri di mana rakyat boleh melakukan sendiri untuk mengesan keberkesanan vaksinasi.

“Walaupun ujian ini bersifat kualitatif berbanding dengan ujian kuantitatif yang dijalankan di makmal tetapi sekuarang-kurangnya kita tahu apabila mempunyai antibodi yang positif ia membantu melindungi diri daripada jangkitan Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN