Zainal Abidin dilantik CEO baharu Bousted Plantation - Utusan Malaysia

Zainal Abidin dilantik CEO baharu Bousted Plantation

Zainal Abidin Shariff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bousted Plantation Berhad (BPB) mengumumkan pelantikan Zainal Abidin Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 12 Julai ini.

Menurut BPB, Zainal Abidin pemegang Sarjana Kewangan dari RMIT University, Melbourne, Australia dan Diploma Perakuanan Lanjutan dari Luton College of Hogher Education, United Kingdom.

Beliau merupakan ahli persatuan Chartered Certified Accountants.

“Zainal Abidin memulakan karier beliau bersama firma perakaunan Coopers & Lybrand, yang kemudiannya dikenali sebagai PricewaterhouseCoopers.

“Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dan memegang pelbagai jawatan penting termasuk Naib Presiden Sime Darby Berhad, Ketua Pegawai Kewangan Chemara Palmea Holdings Berhad, Ketua Pegawai Operasi merangkap Ketua Pegawai Kewangan Felcra Berhad dan Ketua Eksekutif The Incorporated Society of Planters.

“Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad. Zainal Abidin juga adalah Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Pharmaniaga Berhad,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi BPB, Datuk Ismail Lasim berkata, Kumpulan mengalu-alukan pelantikan Zainal Abidin untuk memimpin perniagaan ladang syarikat yang dicipta semula.

Katanya, beliau membawa pengalaman berharga ke BPB, yang dibangunkan selama tiga dekad dalam Pengurusan Korporat, Pengurusan Strategik, Transformasi dan Kewangan di seluruh industri termasuk Perladangan, Harta Tanah dan Perbankan.

“Semasa kami mengarahkan Boustead Plantations ke arah yang lebih mantap, lestari dan berfokus secara digital perniagaan perladangan, kami yakin Zainal Abidin akan dapat mengambil bahagian ini dan memaksimumkan penciptaan nilai di BPB, sejajar dengan strategi Reinventing Boustead Holdings Berhad,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN