Vale bantu 418 keluarga terjejas pendapatan - Utusan Malaysia

Vale bantu 418 keluarga terjejas pendapatan

PENGURUS Bahagian Penyelenggaraan Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd., Mohd. Faizal Abdul Hadi menyampaikan kotak makanan kepada Junea Maharadzi di Taman Desa Bayu di Lumut, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vale menyampaikan bantuan makanan kepada 418 keluarga ibu tunggal dan penjaja di Manjung, Perak yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Menurut Vale, bantuan itu merupakan sebahagian daripada bantuan Covid Vale bernilai lebih RM1 juta untuk manfaat komuniti dan institusi tempatan di Manjung sejak Mac tahun lalu.

Vale yang mengendalikan operasi hab pengedaran bijih besi di Teluk Rubiah, merupakan antara syarikat perlombongan terbesar di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Vale di Malaysia, Rodrigo Ribeiro de Araujo berkata, syarikat menyedari kesukaran yang dihadapi oleh beberapa keluarga yang menetap di daerah berkenaan akibat pandemik.

“Bersesuaian dengan semangat prihatin yang disarankan oleh kerajaan, kami ingin membantu, dalam kapasiti kami sebagai sebuah syarikat korporat, untuk membantu masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan.

Rodrigo berkata, sebagai pelabur asing terbesar di Perak, Vale akan terus proaktif dalam membantu masyarakat dan institusi untuk memastikan Perak dapat bangkit daripada pandemik itu bersama, dengan lebih kuat dan berdaya tahan.

“Kami komited untuk terus bersama rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran semasa,” katanya.

Beliau berkata, sejak bermula pandemik tahun lalu, Vale telah memberikan sokongan kepada masyarakat setempat dan agensi-agensi kesihatan untuk membantu usaha Perak dalam menangani Covid-19.

Sokongan tersebut katanya, termasuk sumbangan lebih daripada 20,000 kit ujian kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lapan unit Alat Pernafasan Pembersih Udara Bertenaga (PAPR) kepada Hospital Manjung.

“Selain inisiatif bantuan makanan di Manjung, sokongan Vale juga dihulurkan kepada petugas barisan hadapan. Sebanyak 6,830 bungkusan istimewa (care package) telah diagihkan kepada petugas barisan hadapan perubatan di negeri Perak pada Mei, sebahagian daripada kempen ‘Kome Hero Kami’ dianjurkan Vale,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×