UOB Malaysia lantik Ng Wei Wei Timbalan CEO - Utusan Malaysia

UOB Malaysia lantik Ng Wei Wei Timbalan CEO

NG WEI WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Perbankan Borong UOB Malaysia, Ng Wei Wei dinaikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Beliau akan membantu CEO bank berkenaan, Wong Kim Choong dalam memacu keutamaan perniagaan strategik bank, termasuk menjana prestasi yang kukuh.

Selain itu, Wei WEi juga membantu CEO membangunkan lebih banyak penyelesaian yang mengutamakan pelanggan dan memajukan agenda inovasi apabila bank bergerak ke fasa pertumbuhan seterusnya.

Menurut UOB, Wei WEi bagaimanapun masih memang jawatannya sekarang di mana beliau diberi kepercayaan untuk mengurus dan menyediakan pengawasan perniagaan ke atas bahagian Penasihat Pelaburan Langsung Asing, Perbankan Islam dan perniagaan luiar pesisir bank.

“Di samping itu, beliau kini mengawasi fungsi Perbankan Runcit (terdiri daripada Perkhidmatan Kewangan Peribadi dan Perbankan Perniagaan), Saluran dan Digitalisasi, dan Pengurusan Risiko.

“Beliau akan bekerjasama dengan ketua fungsi masing-masing untuk mencapai objektif dan matlamat Bank selain menyokong pertumbuhan francais UOB di seluruh Asia,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Kim Choong berkata, dengan jawatan baharu itu, Wei Wei akan memainkan peranan yang lebih kukuh dalam mencapai keutamaan strategik bank.

Ini termasuk mengambil kesempatan daripada pemacu pertumbuhan rantau selain memanfaatkan teknologi untuk mendorong inovasi dan prestasi.

“Pelantikan beliau ke peranan pengurusan kanan ini di UOB Malaysia bukan sahaja mengukuhkan lagi keteguhan kepimpinan bank, malah juga menunjukkan komitmen kami untuk membangunkan pucuk pimpinan yang mantap dan pelbagai di samping membentuk tenaga kerja yang mengiktiraf kesaksamaan gender,” katanya.

Wei Wei lulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dengan dua jurusan iaitu Perakaunan dan Pengurusan dari Monash University of Melbourne, Australia.

Beliau mempunyai pengalaman perbankan selama 25 tahun, mula berkhidmat di UOB Malaysia selama enam tahun hingga 2006.

Beliau kemudiannya memegang pelbagai jawatan di institusi kewangan global lain di Malaysia dan Hong Kong sebelum kembali ke UOB Malaysia pada 2019 sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perbankan Borong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN