TNB lancar Vantange, rancakkan usaha ESG global - Utusan Malaysia

TNB lancar Vantange, rancakkan usaha ESG global

BAHARIN DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan komitmennya dalam usaha berkaitan aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) global menerusi pelancaran sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan aset tenaga boleh baharu (RE), Vantage RE Ltd (Vantage).

Platform terbaharu ini akan memiliki, mengendalikan dan mengurus aset-aset dalam portfolio RE di United Kingdom (UK) dan Eropah.

TNB telah melabur dalam sektor solar dan angin di UK sejak 2017. Sepanjang tempoh empat tahun lalu, TNB berjaya melabur dalam bidang RE di negara itu sebanyak hampir 400 megawatt (MW).

Berpangkalan di London, Vantage bakal diterajui Ketua Pegawai Eksekutif, Vian Davys yang memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang RE di UK dan antarabangsa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, cabang perniagaan RE antarabangsa menjadi keutamaan TNB untuk terus berkembang maju dalam jangka masa panjang.

“Untuk mencapai aspirasi kami sebagai menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa, kami akan terus melabur dalam jumlah yang besar untuk bidang ini.

“Kami yakin aktiviti ini akan memberi sumbangan secara meluas terhadap penjanaan rendah karbon dan seterusnya merancakkan komitmen TNB terhadap matlamat ESG. Kami memahami kepentingan ESG terhadap para pelabur, selaras dengan nilai dan keutamaan dalam pemilihan pelaburan mereka.

“Dengan penubuhan Vantage, kami berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran keseluruhan kapasiti RE TNB sebanyak 8,300 MW,” katanya dalam kenyataan.

Menurut TNB, pelan pertumbuhan jangka pendek Vantage akan berfokus kepada pengambilalihan Renewable Obligation Certificates (ROCs) tersubsidi dan aset-aset Feed-in-Tariff (FiT) di serata UK dan Ireland.

Pada Mei lalu, Vantage berjaya menyempurnakan pengambilalihan tambahan turbin angin darat dengan hasil kontrak di bawah skim FiT, menjadikan jumlah kapasiti tenaga angin syarikat kepada 26.6 MW.

Selain aset-aset sedia ada, Vantage juga sedang mengatur langkah untuk pengambilalihan aset-aset beroperasi termasuk aset yang akan diambil alih menerusi pembidaan bersaingan, jelas syarikat utiliti negara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN