PETALING JAYA: UEM Sunrise Berhad menyaksikan permintaan yang tinggi bagi pembangunan rumah teres dua tingkat berpengawal fasa pertama di Senadi Hills, Iskandar Puteri, Johor dengan hampir semua unit terjual dalam tempoh setahun selepas dilancarkan. Sejak dilancarkan Julai tahun lalu, Fasa 1A Senadi Hills telah mencatatkan lebih daripada 85 peratus jualan akhir, manakala Fasa 1B juga mempunyai kadar penjualan yang memberangsangkan dengan 75 peratus hanya selepas beberapa bulan pelancarannya. Menurut UEM…