PETALLING JAYA: Pentadbir pusat Skim Persaraan Swasta (PRS) mengumumkan pelantikan Ou Shian Waei sebagai Pengerusi Pentadbir Pencen Swasta (PPA) baharu berkuat kuasa hari ini. Beliau menggantikan Datuk Zaiton Mohd. Hassan yang bersara selepas tempoh perkhidmatannya selama sembilan tahun sebagai Pengerusi PPA pertama berakhir. PRS dalam kenyataan memberitahu, Shian Waei merupakan Pengarah Kepentingan Awam dalam lembaga pengrah urus tadbir PPA sejak ia mula ditubuhkan. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif…










