Mr DIY, Touch n Go jalin kerjasama, beri manfaat kepada pelanggan - Utusan Malaysia

Mr DIY, Touch n Go jalin kerjasama, beri manfaat kepada pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mr. DIY Group (M) Berhad dan Touch ‘n Go Group mengumumkan inisiatif usaha sama strategik dalam memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan menerusi saluran dalam dan luar talian.

Selain membawakan lebih manfaat dan kemudahan kepada pengguna, kesemua inisiatif itu disasarkan bagi memastikan pendekatan pemasaran yang lebih relevan melalui pengkhususan tawaran yang disokong oleh keupayaan data dan analisis.

Menurut kedua-dua syarikat itu, kini pembeli boleh menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka di semua cawangan Mr. DIY serta menggunakan eWallet Touch N Go untuk membuat bayaran bagi pembelian di cawangan dan laman webnya, www.mrdiy.com.my.

Mr. DIY  juga merupakan antara rakan kongsi tetap eWallet Touch ‘n Go untuk program kesetiaan, The Goal Hunter yang mana pengguna boleh menebus baucar Mr. DIY dan menikmati pulangan tunai di situ.

Usaha sama strategik itu melanjutkan lagi usaha kedua-dua syarikat tersebut dan akan menyaksikan Mr. DIY  menjadi salah satu ikon utama dalam eWallet Touch ‘n Go yang dikuasakan oleh platform Mini Programme eWallet.

Ini akan membolehkan 16 juta pengguna Touch ‘n Go melihat katalog Mr. DIY dengan lancar, memesan dan membayar barangan yang mereka inginkan dan mendapatkan khidmat penghantaran untuk pembelian mereka, atau disediakan untuk diambil dari cawangan pilihan mereka.

Inisiatif tersebut dijangka akan dilancarkan kepada umum pada suku ketiga tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch n Go Group, Effendy Shahul Hamid percaya Mr. DIY adalah rakan kongsi yang paling sesuai dan berharap akan dapat memberi penawaran yang lebih hebat kepada pelanggan masing-masing.

“Touch n Go dan Mr. DIY kedua-duanya merupakan jenama kelahiran Malaysia dengan matlamat yang kukuh untuk memberikan keutamaan kepada pelanggan.

“Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi bagi untuk menghasilkan perubahan dalam kehidupan berjuta-juta pelanggan kami dengan menyampaikan nilai yang hebat di sepanjang rantaian interaksi pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mr. DIY, Adrian Ong berkata, pihaknya sentiasa mencari cara baharu dan inovatif untuk menjadikan Mr. DIY lebih mudah diakses oleh lebih ramai pelanggan di seluruh negara.

“Usaha sama dengan Touch ‘n Go adalah langkah yang penting untuk membolehkan pelanggan kami menikmati pengalaman membeli belah tanpa tunai dan menguntungkan di Mr. DIY.

“Apa yang lebih penting, ia menjadikan proses membeli-belah lebih mudah dengan membawa janji ‘Always Low Prices’ kami terus ke skrin dan peranti pelanggan,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif dalam usaha sama ini, pelanggan Mr. DIY yang membayar menggunakan eWallet Touch ‘n Go di kedai atau dalam talian akan dapat menikmati promosi dan diskaun menarik untuk memberi lebih ganjaran kesetiaan.

Bersempena ulang tahun ketiga pelancaran platform e-dagang Mr. DIY, pelanggan bakal menikmati lebih banyak manfaat dan ganjaran dalam beberapa bulan akan datang hasil usaha sama strategik ini.

Usaha sama antara Touch ‘n Go Group dan Mr. DIY itu juga akan dilanjutkan ke kedai-kedai Mr. DOLLAR dan Mr. TOY. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN