PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengarahkan kilang kelapa sawit di Ulu Keratong yang menyebabkan pencemaran sungai memberhentikan operasi serta-merta. Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Parveev Ghulam Kadir berkata, arahan dikeluarkan selaras dengan notis arahan di bawah Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Rompin. “Kilang tersebut diarah memberhentikan operasi mengilang buah kelapa sawit serta-merta sehingga notis arahan ditarik balik oleh JAS,” katanya…










