PETALING JAYA: Kempen Shop Malaysia Online (SMO) di Shopee kembali untuk tahun kedua bagi memanfaatkan lebih ramai rakyat Malaysia melalui baucar diskaun, pelanggan tunai dan subsidi penghantaran percuma yang akan membantu dalam pengurusan kos sara hidup. Pada tahun lalu, kempen Ringgit-ke-Ringgit di Shopee telah memanfaatkan lebih daripada 2.9 juta pembeli, menjana jualan bernilai lebih RM540 juta untuk 80,000 penjual di Malaysia di platform e-dagang tersebut. Pengarah Urusan Serantaunya, Ian Ho…










