PETALING JAYA: Jualan kenderaan pada Jun lalu jatuh mendadak apabila hanya mencatatkan 1,921 unit berbanding 47,204 unit pada bulan sebelumnya. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), penurunan sebanyak 96 peratus itu disebabkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sepanjang bulan tersebut. Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, jualan terpaksa dihentikan di banyak negeri sejak 1 Jun memandangkan sektor automotif tidak disenaraikan sebagai aktiviti ekonomi perlu. “Ketika ini, hanya bengkel kenderaan motor yang dibenarkan beroperasi,”…










