Jualan bulanan melebihi RM150,000 - Utusan Malaysia

Jualan bulanan melebihi RM150,000

MOHD. Zaime Zainudin bersama rangkaian produk Bliese ketika ditemui Utusan Malaysia di Pejabat Cawangan Bliese miliknya yang terletak di Seremban 2, Seremban baru-baru ini. – MINGGUAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sertai Bliese niat mahu bantu keluarga

SEREMBAN: Tidak mahu hanya bergantung dengan pendapatan bulanan sebagai seorang penjawat awam, Master Stokis syarikat pewangi kenderaan dan rumah, Bliese (M) Sdn. Bhd. (Bliese), Mohd. Zaime Zainudin, 37, berusaha menjual produk berkenaan sebagai pendapatan sampingan sejak September 2019.

Niatnya hanya satu, mahu membantu keluarganya supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

“Kadangkala gaji yang diterima tidak mencukupi sehingga saya merasakan perlu ada pendapatan sampingan. Pada mulanya saya cuba menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuk menjual pakaian.

“Sehinggalah saya bertemu dengan produk Bliese, saya mula dengan bermodalkan sebanyak RM5,000 untuk menjadi stokis dan selepas dua minggu saya telah mendapat peluang menjadi Master Stokis Bliese,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabat cawangan Bliese miliknya di Seremban 2, dekat sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Zaime, dia menceburi bidang perniagaan menjual produk wangian Bliese kerana ia menepati kehendak pelanggan terutama harganya yang mampu milik.

“Semua orang yang memiliki kereta memerlukan pewangi kereta jadi saya lihat pasaran penjualan produk ini sangat baik dan berpotensi untuk pergi lebih jauh.

“Sejak saya menyertai perniagaan ini, saya tahu produk ini mudah dijual walaupun ketika negara berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia mudah dijual secara o’ffline mahupun secara online,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, dia semakin teruja dalam perniagaan ini kerana dia mula mendapat lebih ramai kenalan termasuk mempunyai 50 stokis dan beratus ejen di bawahnya ketika ini.

“Saya juga bermula dengan mengajar atau ‘coaching’ orang yang paling rapat dengan saya seperti ahli keluarga dan rakan terdekat untuk memperkenalkan produk ini.

“Selain itu, saya juga menyediakan kelas online untuk memberi tunjuk ajar kepada semua ejen dan stokis saya. Oleh itu, tidak perlu risau kerana sememangnya produk Bliese ini sangat berkualiti dan tahan lama. Jika buat dengan bersungguh-sungguh, kita mampu mencapai jualan melebihi RM150,000 sebulan,” ujarnya lagi.

USAHA, KOMITMEN DAN SABAR

Dalam pada itu, Mohd. Zaime memaklumkan, sepanjang menceburi perniagaan Bliese secara separuh masa itu, dia memegang satu moto iaitu “Usaha, Komitmen, Sabar.”

“Saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri serta ejen dan stokis saya untuk mengekalkan momentum dengan tiga moto iaitu usaha, komitmen dan sabar.

“Jika ada usaha yang lebih, ditambah dengan komitmen yang baik, mereka (ejen dan stokis) pasti berjaya mencapai kejayaan dalam perniagaan ini,” katanya lagi.

Tambahnya, walaupun dia masih bertugas sebagai kakitangan awam namun dia mampu membahagikan masa dalam perniagaan itu kerana sikap ingin berjaya dan mahu menyelesaikan komitmen bulanannya.

“Jika sebelum ini saya hanya mempunyai gaji cukup-cukup makan, namun kini Alhamdulillah, niat dan hasrat saya untuk membantu keluarga kini dimakbulkan,” katanya yang memberitahu pengiklanan produk Bliese menerusi media WhatsApp sangat memberi kesan positif kepada perniagaannya itu.

MAHU FOKUS

Dalam pada itu, Mohd. Zaime memberitahu dia kini mahu memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan Bliese yang diceburinya.

“Selepas dua tahun saya melihat perniagaan ini semakin baik dan mula dikenali dalam pasaran jadi saya berhasrat untuk berhenti dengan kerja hakiki ketika ini dan mahu fokus sepenuhnya dengan Bliese.

“Alhamdulillah, apa yang boleh saya kongsikan, dengan Bliese saya mampu memberi belanja kepada keluarga saya setiap bulan dengan jumlah empat angka.

“Selain itu, saya juga telah berjaya menyelesaikan bayaran pinjaman peribadi dengan hanya menggunakan hasil daripada jualan produk Bliese berjumlah RM25,000,” katanya lagi.

Sekiranya berminat untuk menjadi ejen dan stokis di bawah Mohd. Zaime, sila hubungi 011-1223 5988. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.