Grab tambah kaedah pembayaran PayLater - Utusan Malaysia

Grab tambah kaedah pembayaran PayLater

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Grab, aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara menerusi kerjasama dengan platform pembayaran, Ayden menawarkan pilihan pembayaran PayLater (bayar kemudian) kepada peniaga dan pengguna di Singapura dan Malaysia.

Pilihan pembayaran baharu yang tersedia melalui dompet GrabPay itu dilancarkan bagi menangani peningkatan permintaan pengguna untuk kaedah pembayaran tertunda.

Tersedia melalui dompet GrabPay, peniaga yang menggunakan perkhidmatan aplikasi tersebut boleh menawarkan kaedah pembayaran PayLater yang membolehkan pelanggan membeli apa yang mereka inginkan dan membayar kemudian tanpa faedah.

Pelanggan dapat memilih antara pembayaran tanpa faedah daripada empat ansuran (Bayaran PayLater), atau bulan berikutnya (PayLater Postpaid).

Pengarah Urusan dan Ketua GrabPay, Grab Financial Group, Chris Yeo berkata, pihaknya memperkembangkan kerjasama dengan Ayden untuk penawaran PayLater bermula di Singapura dan Malaysia kerana para peniaga telah  terintegrasi dengan Adyen melalui API yang ada.

“Ini bermakna, kini mereka dapat menambahkan kaedah pembayaran kemudian sebagai pilihan fleksibel lain untuk pelanggan mereka dengan mudah dan tanpa kos tambahan.

“Kerjasama diperkukuh ini juga membolehkan kami terus memudahkan pengguna GrabPay untuk membeli pelbagai keperluan harian di Asia Tenggara dengan cara yang selamat, selesa dan bermanfaat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Presiden Asia-Pasifik Adyen, Warren Hayashi memberitahu, kaedah beli sekarang, bayar kemudian telah menjadi semakin terkenal di Asia dan melihat permintaan yang semakin meningkat.

“Kerjasama ini memberi para peniaga kemampuan untuk menawarkan kaedah pembayaran ini sekali gus memberi lebih fleksibiliti kepada pembeli,” jelasnya.

Kaedah pembayaran yang sama telah digunakan oleh aplikasi fesyen Zalora sejak 1 Mei lalu menerusi Ayden, dan melaporkan peningkatan pembeli baharu sehingga 20 peratus selain kenaikan 15 peratus terhadap pengguna yang menggunakan GrabPay untuk melengkapkan pembayaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×