CTOS Digital dijangka peroleh RM1.21 bilion IPO - Utusan Malaysia

CTOS Digital dijangka peroleh RM1.21 bilion IPO

DENNIS MARTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi laporan kredit Malaysia, CTOS Digital Bhd. dijangka menjana RM1.21 bilion hasil daripada pelancaran tawaran awam permulaan (IPO), bermula semalam.

Saham tersebut melibatkan 900 juta saham sedia ada dan 200 juta saham baharu yang ditawarkan dengan kadar RM1.10 sen sesaham.

Hasil daripada 200 juta IPO bernilai RM220 juta, sebanyak RM155.2 juta akan digunakan untuk pembayaran balik semua pinjaman bank untuk mengurangkan hutang, sementara RM59 juta akan diperuntukkan bagi pelaburan sinergis dan pemerolehan syarikat sasaran.

Baki RM6.1 juta akan digunakan untuk membiayai yuran dan perbelanjaan penyenaraian.

Mengenai pengagihan 200 juta saham baharu, sebanyak 44 juta saham akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia melalui undian; 120 juta untuk permohonan pengarah, pekerja dan orang awam yang layak, sementara 36 juta lagi akan ditawarkan kepada pelabur institusi tempatan dan asing.

Sementara itu, 900 juta peruntukan tawaran juga akan disediakan untuk pelabur institusi Malaysia dan asing melalui latihan penempatan swasta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dennis Martin berkata, perjalanan pertumbuhan CTOS Digital terbukti menarik dengan gabungan penawaran produk yang inovatif dan komprehensif.

“Sokongan luar biasa daripada pelabur institusi tempatan dan global yang terkenal mencerminkan keyakinan mereka terhadap rekod prestasi dan pertumbuhan kumpulan yang kukuh di masa hadapan.

“Penawaran produk CTOS Digital telah berkembang melangkaui instrumen pelaporan kredit untuk merangkumi sejumlah besar penyelesaian digital dalam usaha menyokong para pelanggan. Semua ini hasil daripada pertumbuhan kewangan yang stabil, menjadikan kami agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia.” katanya dalam pelancaran secara maya.

Permohonan IPO CTOS Digital dibuka semalam sehingga 6 Julai 2021. CTOS Digital dijangka akan disenaraikan di Pasar Utama Bursa Malaysia pada 19 Julai 2021.

CTOS Digital mencatatkan pendapatan RM42.3 juta pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2021, 24.1 peratus lebih tinggi daripada RM34.1 juta pada suku sebelumnya, sementara Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) meningkat 73 peratus kepada RM16.4 juta pada suku pertama tahun ini berbanding RM9.5 juta sebelumnya.

Prestasi suku pertama 2021 mengatasi pertumbuhan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 hingga 2020 di mana kumpulan mencatat kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) 12.8 peratus, dari RM110.5 juta hingga RM140.5 juta.

Keuntungan bersih normal yang dapat diagihkan kepada pemegang saham (PATAMI) mencatatkan CAGR lebih tinggi sebanyak 22.2 peratus, melonjak dari RM30.5 juta kepada RM45.5 juta dari tahun kewangan 2018 hingga 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN