Cipta fenomena daripada produk RM10 - Utusan Malaysia

Cipta fenomena daripada produk RM10

SUHAILA yang memiliki pengalaman luas dalam perniagaan telah menyasarkan jualan tahun hadapan bakal mencecah lebih RM3 juta. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nekad bersama Bliese, bina kumpulan pengedaran berdaya saing

KLANG: Peristiwa apabila wakil bank hampir menarik keretanya seminggu sebelum Aidilfitri tahun 2016 menjadi detik permulaan bagi Suhaila Othman, 46, menceburi bidang perniagaan.

Mengingatkan semula peristiwa tersebut, ‘Master Stokis’ syarikat pewangi kenderaan dan rumah, Bliese (M) Sdn. Bhd. (Bliese) berkata, beliau tidak mampu membayar duit pinjaman  keretanya bagi tempoh beberapa bulan kerana masalah kewangan.

“Wakil bank menahan kereta ketika saya hendak menghantar anak ke sekolah.

“Sekiranya tidak mahu kereta ditarik, mereka minta bayaran sebanyak RM2,000 pada waktu itu, namun saya ada RM300 sahaja. Itu pun, duit nak digunakan untuk beli baju raya anak-anak.

“Setelah merayu, akhirnya mereka tidak jadi menarik kereta, namun meminta saya segera membayar hutang bulanan pinjaman,” katanya ketika ditemui di pejabat SNZ Smart Sdn. Bhd.  di Taman Raja Nong di sini baru-baru ini.

Bertitik tolak dari situ, Suhaila atau lebih mesra dipanggil Kak Su berazam untuk mengubah hidupnya 360 darjah bagi memastikan insiden sama tidak akan berlaku sekali lagi kepada dirinya pada masa depan.

“Pelbagai jenis perniagaan yang saya lakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti menjual makanan sejuk beku, keropok lekor, produk penjagaan kesihatan dan lain-lain.

“Akhirnya saya menyertai Bliese kerana berkeyakinan terhadap model perniagaan yang dicadangkan serta produk berpotensi untuk dijual di pasaran.

“Bliese menawarkan prospek perniagaan yang menyakinkan dan mampu menjana pendapatan lebih baik dan stabil untuk masa depan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penglibatannya dalam Bliese sejak empat tahun lalu, beliau mengambil risiko memperuntukkan modal awal sebanyak RM25,000 bagi membeli ribuan stok  botol Bliese Air Freshner Wooden Cap serta pewangi badan jenis EDP.

Menggunakan pengalamannya dalam bidang jualan lebih lima tahun, Suhaila bersama pasukannya berjaya menjual lebih daripada 30,000 botol untuk dua produk berkenaan dalam  tempoh tiga minggu.

“Sejak dari itu, saya tekadkan diri untuk membantu lebih ramai orang menjana pendapatan melalui produk ini.

“Sehingga kini, saya sudah mempunyai 26 stokis dan puluhan ejen serta dropship di seluruh negara ketika ini,” jelasnya.

Mengakui dua tahun ini sebagai satu cabaran besar buat dirinya ekoran pandemik Covid-19, ibu kepada lima cahaya mata itu menyatakan, sokongan daripada keluarga, pelanggan, kumpulan ejen serta pengurusan kanan ibu pejabat Bliese sentiasa membantu dirinya untuk terus kuat berusaha.

Dalam masa sama, Suhaila juga akan memastikan kumpulan ejennya tidak patah semangat dan sentiasa berkomunikasi bagi mendapatkan maklum balas selain terus meningkatkan ilmu kumpulan pengedarannya dalam bidang promosi dan pemasaran produk.

“Pada setiap 15 dan 30 haribulan, saya akan bertanya kepada stokis tentang jumlah jualan yang dicapai dan sekiranya jualan tidak memuaskan, nasihat serta strategi pemasaran akan diberikan bagi meningkatkan jualan mereka.

“Saya akan memberikan hadiah istimewa kepada stokis yang berjaya mencatatkan jualan tertinggi,” katanya dengan penuh teruja.

Bliese menawarkan pelbagai haruman yang boleh dipilih oleh pengguna.

Mengenai produk Bliese, Suhaila memberitahu, Bliese juga mengeluarkan penyembur wangian automatik istimewa untuk rumah dan pejabat, iaitu Bliesematic.

“Terdapat empat haruman yang boleh dipilih pelanggan seperti Cherry Blossom, Fairy Brezzy, Vanilla Bouquet dan Tropical Spa yang mengandungi ‘essential oils’ dan antibakteria.

Mahu berkongsi rezeki bersama individu lain, Suhaila sedang mencari stokis baharu di bawah downlinenya bagi menjana pendapatan menarik.

Beliau mengunjurkan untuk merekrut 50 stokis di seluruh negara, menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, Suhaila juga optimis untuk mencatat perolehan jualan mencecah RM3 juta bermula tahun hadapan.

Beliau yakin sekiranya semua ahli pasukan bekerja keras mengikut pelan yang dirancang walaupun berdepan kekangan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , misi syarikat berjaya  direalisasikan.

Sekiranya berminat untuk menjadi ejen dan stokis dibawah Suhaila, sila hubungi 012-920 7400. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya