PETALING JAYA: TIME dotCOm Bhd. (TIME) telah menandatangani memorandum persefahaman dengan dua syarikat lain untuk bekerjasama membangunkan platform dan perkhidmatan pengurusan keselamatan siber bagi sektor infrastruktur kritikal. Dua syarikat terbabit ialah LE Global Services Sdn. Bhd. (LGMS) dan Tecforte Sdn. Bhd. (Tecforte). Majlis menandatangani MoU itu telah dibuat semasa CYDES 2021 iaitu acara bersepadu pertahanan siber, keselamatan siber dan teknologi memuncul pertama di dunia untuk masyarakat global dan disaksikan oleh…










