PETALING JAYA: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) kecewa dengan tindakan HSBC Bank yang dilaporkan mahu menutup 13 cawangannya di seluruh negara dan membuang lebih 600 pekerjanya daripada Kumpulan B40 dan M40 menjelang akhir tahun ini. UNI-MLC dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai perkara membabitkan antara bank tertua di Malaysia itu. Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal justeru kecewa dengan tindakan bank itu yang dilaporkan dilakukan buat…