PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) komited membantu kerajaan menangani kesan krisis pandemik Covid-19 menerusi sokongan dan kerjasama berterusan bagi strategi peralihan keluar yang digariskan di bawah Pelan Pemulihan Negara. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Baharin Din berkata, keutamaan TNB terhadap pelan tersebut memfokuskan empat aspek iaitu menyelamatkan nyawa, melindungi golongan rentan, menyediakan bekalan elektrik yang stabil dan memacu pemulihan ekonomi. “Sebagai syarikat utiliti elektrik negara, kami mengutamakan…










