PETALING JAYA: Serba Dinamik Holdings Berhad memfailkan tuntutan sivil terhadap juruaudit luarannya, KPMG PLT atas dakwaan kecuaian profesional, pelanggaran kontrak dan pelanggaran kewajipan statutori. Syarikat minyak dan gas itu berkata, KPMG dalam proses auditnya telah membangkitkan masalah dalam mendapatkan pelbagai pengesahan daripada pelanggan dan pembekal Serba Dinamik berkenaan pelbagai jenis bayaran dan hutang, termasuk dalam menentukan kewujudan pelanggan dan pembekal tersebut. Katanya, perkara berkenaan telah dibangkitkan dalam mesyuarat khas Lembaga…









