PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menerusi jenama Petronas Marine berjaya menjalankan operasi bekalan gas asli cecair (LNG) pertama melalui Kapal Bunker LNG (LBV), MV Avenir Advantage di pelabuhan Pintu Gedung, Pelabuhan Klang. Operasi itu membolehkan MV Solar Roma, Tanker Liberia yang dalam perjalanan ke Mediterranean melengkapkan pemindahan bunker LNG berkapasiti 865 meter padu daripada perniagaan Petronas Energy and Gas Trading dalam masa kurang 12 jam setelah tiba di pelabuhan.…










