IBFIM, Kementerian Luar anjur program kewangan Islam - Utusan Malaysia

IBFIM, Kementerian Luar anjur program kewangan Islam

Yusry Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Luar dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) bekerjasama untuk menganjurkan program Kelayakan Bersekutu dalam Kewangan Islam (AQIF) di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCR) bermula 14 hingga 18 Jun ini.

Menurut Ketua Pegawai IBFIM, Yusry Yusoff,  AQIF adalah program yang dinilai dan dipilih oleh kementerian bagi memberi peluang pembelajaran kepada negara-negara yang berminat untuk mengasah kemahiran dan kecekapan bakat mereka dalam industri kewangan Islam.

Katanya, program yang dikendalikan menerusi Kelas Global IBFIM itu bertujuan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat yang progresif dan tersusun untuk para profesional dalam industri tersebut.

Beliau berkata,  IBFIM amat berbesar hati diberi mandat bagi menjalankan program tersebut dan amat mengalu-alukan penyertaan delegasi dari Turkmenistan, Azerbaijan, Filipina dan Brunei.

“Sejajar dengan objektif institusi pembelajaran sepanjang hayat, kami berasa sukacita kerana diberi peluang untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran Malaysia di dalam pelbagai bidang kewangan Islam.

“Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mendukung agenda nasional bagi menempatkan Malaysia sebagai pusat penyelidikan perbankan dan kewangan Islam di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 hingga 2025,” katanya dalam kenyataan.

Yusry memberitahu, sejak dilaksanakan pada 2011, terdapat seramai 3,451 pemegang kelayakan AQIF.

Menurutnya, pemegang kelayakan AQIF meningkat setiap tahun di Malaysia dan juga di luar negara.

“Itu adalah satu inisiatif IBFIM untuk memastikan ketersediaan aliran bakat yang kompeten dan serba boleh bagi menyokong inovasi dan dinamisme industri kewangan Islam yang lebih menyeluruh di peringkat tempatan dan global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.