#DIRECTBANTU+ ringankan beban kewangan rakyat - Utusan Malaysia

#DIRECTBANTU+ ringankan beban kewangan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Platform pinjaman peribadi dalam talian, Direct Lending Sdn. Bhd. melancarkan program #DIRECTBANTU+ bagi meringankan beban kewangan rakyat Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berlangsung sepanjang Jun ini akan memperkasa ekonomi rakyat menerusi rebat tunai istimewa sehingga RM700 untuk semua pelanggan dan program rujukan dengan ganjaran sebanyak RM1,000.

Selain itu, pelanggan dapat belajar serta meneroka peluang-peluang pendapatan baharu menerusi platform e-dagang dengan rakan kongsi #DIRECTBANTU+.

Pengasas dan Pengarah Direct Lending, Hui Yik Seong berkata, pihaknya berharap program ini dapat membantu meringankan komitmen pembiayaan golongan B40 pada masa yang mencabar ini.

“Selain itu, kami juga ingin mengangkat semangat ‘#KitaJagaKita’, membolehkan orang ramai untuk membantu sesama mereka dengan memperkenalkan kaedah pembiayaan yang boleh dipercayai ini kepada kawan-kawan, anggota keluarga mahupun rakan sekerja mereka. 

“Seorang perujuk akan mendapat RM250 bagi setiap rujukan yang berjaya, dan RM1,000 bagi 3 rujukan pinjaman terkumpul daripada penjawat awam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bagi merancakkan inisiatif ini, Direct Lending bekerjasama dengan AVANA, GoGet, Kiddocare, Yeefu by SaltyCustoms dan XOX Berhad yang bekerjasama dengan Emicro Capital Sdn. Bhd. 

Semua platform ini akan menawarkan peluang pendapatan kepada golongan yang cekal dan rajin bekerja menerusi penglibatan dalam e-dagang, ekonomi gig dan sektor penghantaran kilometer terakhir yang akan berkembang maju semasa dan selepas tempoh PKP. 

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AVANA, Luqman Adris memaklumkan, AVANA memahami wabak ini memberi kesan teruk kepada sektor perniagaan.

“Justeru, kami teruja untuk menjadi rakan kongsi Direct Lending dalam program #DIRECTBANTU+ menerusi program penjualan semula Explore kami. Sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai penjual semula untuk lebih daripada 100 barangan dan jenama tempatan yang disenaraikan di AVANA. 

“Ini adalah satu daripada usaha kami untuk merancakkan ekonomi Malaysia menerusi perdagangan sosial,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.