Bursa arah Serba Dinamik lantik firma perakaunan - Utusan Malaysia

Bursa arah Serba Dinamik lantik firma perakaunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Securities Berhad mengarahkan Serba Dinamik Holdings Berhad melantik firma perakaunan bagi menjalankan Kajian Bebas Khas (SIR) berkaitan isu-isu yang dibangkitkan KPMG selewat-lewatnya 2 Julai ini.

Bursa Malaysia dalam kenyataannya mengarahkan syarikat di bawah perenggan 2.23 dan 2.24 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama untuk:

a) Melantik, selewat-lewatnya pada 2 Julai 2021, satu firma perakaunan antarabangsa atau firma perakaunan, dengan gabungan antarabangsa, yang mempunyai pengalaman dan sumber yang mencukupi, untuk menjalankan SIR bagi mengatasi kebimbangan yang ditimbulkan oleh KPMG.

b) Memastikan bahawa syarikat perakaunan yang dilantik atau sekutunya mempunyai kehadiran di Bahrain dan lokasi luar negara lain, di mana pelanggan dan pembekal Serba Dinamik berada seperti yang diketengahkan oleh KPMG.

c) Memastikan skop SIR adalah seperti yang dipersetujui antara Jawatankuasa Audit dan Ernst & Young Advisory Services Sdn. Bhd., dan skop itu dikongsi dengan Bursa Securities pada 15 Jun 2021 atau seperti yang diarahkan oleh Bursa Securities; dan

d) Membolehkan firma perakaunan yang dilantik menjalankan SIR dan melapor terus ke Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) secara berkala mengenai kemajuan SIR dan penemuan setelah selesai SIR.

Arahan ini dikeluarkan untuk memastikan permasalahan yang diketengahkan oleh KPMG ditangani tepat pada waktunya dan memberi jawapan yang jelas kepada pasaran. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN