PETALING JAYA: Bursa Malaysia Securities Berhad mengarahkan Serba Dinamik Holdings Berhad melantik firma perakaunan bagi menjalankan Kajian Bebas Khas (SIR) berkaitan isu-isu yang dibangkitkan KPMG selewat-lewatnya 2 Julai ini. Bursa Malaysia dalam kenyataannya mengarahkan syarikat di bawah perenggan 2.23 dan 2.24 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama untuk: a) Melantik, selewat-lewatnya pada 2 Julai 2021, satu firma perakaunan antarabangsa atau firma perakaunan, dengan gabungan antarabangsa, yang mempunyai pengalaman dan sumber yang mencukupi,…









