Axiata Digital, CGC bekerjasama untuk jaminan bank digital - Utusan Malaysia

Axiata Digital, CGC bekerjasama untuk jaminan bank digital

Majlis menandatangani memorandum persefahaman secara maya antara Axiata Digital dan CGC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Axiata Digital Capital Sdn. Bhd. (Aspirasi) bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) untuk jaminan bank digital yang berpotensi.

Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatagani bertujuan untuk mempercepatkan inklusiviti bagi segmen yang tercicir atau kurang mendapat kemudahan perkhidmatan kewangan.

MoU itu telah ditandatangani antara CGC dan Axiata Digital Capital yang juga dikenali sebagai Aspirasi, iaitu anak syarkat Boost Holdings Sdn. Bhd. (Boos Holdings).

Aspirasi merupakan penyedia pembiayaan mikro dan insurans mikro digital sepenuhnya bagi membantu serta memperkasa perniagaan mikro kecil dan sederhana (MPKS) di rantau ini.

Dalam kenyataan bersama, CGC dan Boost Holdings memaklumkan, MoU itu merangkumi dua bahagian utama iatu pertama, komitmen untuk menerokai lanjutan Jaminan Portfolio bagi pembinaan Digital Bank yang tertumpu kepada PKS pada masa hadapan.

Kedua, membabitkan kolaborasi antara Aspirasi dan CGC dengan merujuk kepada penyediaan pembiayaan untuk PMKS yang layak tanpa jaminan.

Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital dan Pengerusi Boost Holdings, Mohd. Khairil Abdullah berkata, pihaknya terus berusaha mencari rakan kongsi yang berpengalaman dan berpandangan sama seperti CGC bagi memperluaskan kehadiran dan kolaborasi.

“MoU dengan CGC hari ini akan memperkukuhkan kemampuan kami dalam memenuhi keperluan kewangan bagi segmen yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan kewangan.

“Sejak beberapa tahun ini, pendekatan kami yang tertumpu kepada pendigitalan melalui penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta pembelajaran mesin telah membolehkan kami memberikan solusi yang relevan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh PMKS.

“Kami telah membina rekod prestasi yang memuaskan dalam membantu mereka yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan. Perkhidmatan kami merupakan satu-satunya kemudahan yang tersedia untuk PMKS tanpa laporan kredit dan sumber data tradisional,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd. Zamree Mohd. Ishak berkata, CGC telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemohon lesen perbankan digital dan berharap dapat bekerjasama setelah mereka mula beroperasi.

“MoU ini menandakan komitmen untuk terus mempromosikan agenda inklusiviti kewangan. CGC optimis untuk memuktamadkan perbincangan berkenaan Skim Jaminan Portfolio dengan Axiata Digital untuk produk Aspirasinya.

“Kami juga gembira merangkumi Aspirasi pada imSME (platform rujukan talian pembiayaan/pinjaman dalam talian yang pertama di Malaysia), yang akan meningkatkan penawaran produk imSME,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN