TNB rangkul anugerah Brand of the Year 2020 - Utusan Malaysia

TNB rangkul anugerah Brand of the Year 2020

BAHARIN DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) merangkul anugerah berprestij Brand of the Year 2020 iaitu pengiktirafan jenama peringkat antarabangsa terulung di World Branding Awards yang berlangsung di London, baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, anugerah itu mencerminkan kerjasama 35,000 warga kerjanya yang sentiasa gigih memberikan perkhidmatan terbaik kepada hampir 10 juta pelanggan TNB.

“Walaupun 2020 merupakan tahun mencabar berikutan Covid-19, berbekalkan semangat kerjasama dan dedikasi semua warga kerja TNB, kami sekali lagi berjaya memenangi kepercayaan pelanggan menerusi pengalaman pelanggan dan jenama yang terbaik.

“Kami akan terus menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan pelanggan bagi mendengar setiap keluhan mereka dan memastikan ia ditangani dengan baik. Selain itu, kami juga akan terus mengukuhkan hubungan dengan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Syarikat utiliti elektrik nasional itu adalah satu-satunya jenama yang menerima pengiktirafan terbabit bagi kategori anugerah tenaga di Malaysia.

TNB juga pernah memenangi anugerah sama pada 2014, 2018 dan 2019.

Lebih 400 jenama dari lebih 45 negara menerima pengiktirafan “Brand of the Year” di World Branding Awards 2020-2021.

World Branding Awards adalah program anugerah ulung anjuran World Branding Forum, organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang berpangkalan di London yang mengiktiraf pencapaian inovatif dan kreatif pelbagai jenama yang kekal unik dan relevan kepada pelanggan mereka sepanjang tahun lalu.

Penerima anugerah dinilai dari tiga aspek termasuk penilaian jenama (30 peratus), penyelidikan pasaran pelanggan (40 peratus) dan undian awam secara secara maya (30 peratus).

Undian dan pencalonan dilakukan semasa pendemik Covid-19 melanda dunia ketika mereka berdepan dengan pelbagai kekangan yang memberi impak besar terhadap landskap ekonomi masing-masing.

Dalam pada itu, Pengerusi World Branding Forum, Richard Rowles berkata, anugerah itu mengiktiraf pemasar terbaik dari serata dunia.

“Anugerah ini adalah satu penghargaan kepada usaha gigih syarikat-syarikat ini dalam membina dan mengekalkan jenama mereka di arena pasaran yang sentiasa berubah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya