PETALING JAYA: Pasaran saham negara masih dihantui pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali gus menyebabkan sentimen pasaran keseluruhan melemah. Trend ini dapat dilihat apabila penanda aras pasaran saham tempatan, FBM KLCI susut 10.80 mata untuk ditutup pada 1,580.52, semalam. Pakar ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, momentum bursa saham telah merosot sejak beberapa bulan lalu namun jika dibandingkan dengan Mei tahun lalu, prestasinya masih stabil. Bagaimanapun katanya, berasaskan…










