PETALING JAYA: MNRB Holdings Berhad (MNRB) mencatat prestasi kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac dengan keuntungan bersih berjumlah RM189.5 juta, melonjak 42.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Walaupun berdepan landskap perniagaan yang mencabar, kumpulan juga mencatat kenaikan 13.0 peratus dalam Premium Kasar dan Sumbangan Takaful kepada RM2.6 bilion berbanding RM2.3 bilion yang dicatatkan pada 2020. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Zaharudin Daud berkata, ketahanan kumpulan membolehkannya melalui pelbagai cabaran yang…










