PETALING JAYA: Institusi pengajian tinggi swasta terkemuka, Universiti MAHSA membeli siri komputer riba HONOR MagicBook bernilai RM50 juta dari HONOR Malaysia bagi kegunaan pembelajaran pensyarah dan pelajarnya, baru-baru ini. Siri HONOR MagicBook mengetengahkan tiga tumpuan jualan iaitu perlindungan mata, daya ketahanan dan harga berbaloi, sekali gus menjadikannya laris sebaik dilancarkan di pasaran Malaysia. Pra-pesanan siri HONOR MagicBook di stor rasmi dalam talian tempatan menerima respons memberangsangkan daripada pengguna, seterusnya meyakinkan…









