Yusry dilantik semula CEO IBFIM - Utusan Malaysia

Yusry dilantik semula CEO IBFIM

Yusry Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) mengumumkan pelantikan semula Yusry Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), untuk tempoh tiga tahun lagi berkuat kuasa 1 April lalu.

Menurut IBFIM, Yusry yang telah menerajui IBFIM selama empat tahun, memiliki pengalaman lebih 27 tahun di dalam pelbagai aspek pembangunan industri kewangan. 

Sebelum menyertai IBFIM, beliau pernah berkhidmat dengan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Bank Negara Malaysia (BNM), Islamic Financial Services Board (IFSB) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). 

Beliau adalah Ahli Panel Perundingan Pasaran Sekuriti Bursa Malaysia.

“Pengalaman beliau antara lain termasuk membangun program pelaksanaan piawaian bagi IFSB dan mempromosikan industri pengurusan dana Islam di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC). 

Beliau juga merangka program latihan kewangan Islam untuk hakim kanan dengan kerjasama Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Tambah IBFIM, Yusry turut terlibat dengan Jawatankuasa Pengharmonian Undang-Undang BNM,  sebuah inisiatif bagi menyelaraskan sistem perundangan Malaysia untuk menyokong pengembangan industri kewangan Islam dan menerajui forum kewangan Islam Global (GIFF) pada 2014 dan 2016.

Pengerusi IBFIM, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, pihaknya yakin di bawah kepemimpinan Yusry, IBFIM akan terus memikul mandat sebagai sebuah institusi pembelajaran jangka panjang yang menggalakkan pertumbuhan modal insan di dalam kewangan Islam melalui pendekatan inovatif.

Yusry memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Undang-Undang Komersial dari University of Melbourne. 

Dalam perkembangan lain, IBFIM memaklumkan, pihaknya telah bekerjasama dengan Kementerian Luar di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

MTCP yang dilancarkan pada 7 September 1980, merupakan komitmen Malaysia terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, telah menjadi landasan bagi Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan negara-negara membangun yang lain. 

Sejak penubuhannya, lebih 34,000 peserta dari 144 negara telah mendapat manfaat di bawah inisiatif MTCP.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya