Risda peruntuk RM15.74 juta - Utusan Malaysia

Risda peruntuk RM15.74 juta

MOHD. Salim Mohd. Sharif (kiri) menyembur racun semburan kulat ke pokok getah sebagai gimik pelancaran Program Pekebun Kecil Makmur dan Pelancaran Gerakan Semburan Penyakit ‘Pestalotiopsis’ di Kampung Lonek, Jempol, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Bagi semburan penyakit ‘Pestalotiopsis’ untuk pokok getah
JEMPOL: Pekebun-pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) melancarkan gerakan
semburan penyakit luruhan daun yang dikenali dengan nama ‘Pestalotiopsis’ yang telah memberi kesan kepada 15,282 hektar kebun getah di seluruh negara.
Pengerusinya, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif berkata, penyakit itu menyebabkan kesan luruhan daun yang banyak  sehingga menyebabkan pokok getah kehilangan kemampuan untuk menjalankan proses pertumbuhan dan menjejaskan pengeluaran lateks serta boleh menyebabkan kerosakan pada pokok getah.
“Justeru, bagi mengawal penyakit ini daripada terus merebak, Risda menyalurkan bantuan sejumlah RM15.74 juta
kepada pekebun kecil yang terkesan kira-kira 8,043 orang di seluruh negara.
“Bantuan yang disalurkan dalam bentuk sembutan racun kulat sebanyak enam kali pusingan dan setiap pusingan dilakukan selang dua minggu serta khidmat nasihat pencegahan bagi mengelakkan serangan yang lebih teruk kepada
pokok getah pekebun kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur dan Pelancaran Gerakan Semburan Penyakit Pestalotiopsis di Kampung Lonek, dekat sini, baru-baru ini.
Tambah Mohd. Salim, Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP) merupakan penyakit kulat yang menyerang pokok getah.
“Simptom bawaan Pestalotiopsis ini boleh dikenali melalui tompokan pada daun getah diikuti dengan luruhan daun
secara berlebihan di luar musim rangasan daun,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Salim menjelaskan, panduan spesifikasi kerja pencegahan dan pengawan LDP itu melalui cara semburan pokok getah iaitu penyemburan sekata pada permukaan helaian daun.
“Selain itu, cara semburan pada bawah kanopi pokok getah pula iaitu penyemburan sekata pada permukaan helaian daun. Bagi kepekatan atau kadar bancuhan, ianya perlu empat gram racun kulat per liter dan dengan jarak 500 milimeter daripada pokok,” katanya.
Mohd. Salim menjelaskan, serangan penyakit LDP bagi tanaman getah telah merebak hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia.
“Kesan daripada serangan penyakit ini mengakibatkan luruhan daun di luar musim dan memberi kesan kepada produktiviti dan pendapatan sekiranya tidak dikawal.
“Penyakit ini telah menyerang seluas 15,282 hektar kawasan getah yang melibatkan seramai 8,043 orang pekebun kecil.  Pekebun Kecil di Negeri Sembilan juga turut terkesan dengan penyakit ini yang melibatkan kawasan seluas 2,030 hektar iaitu seramai 1,561 orang pekebun kecil,” katanya.
Kerja-kerja pencegahan tersebut dilaksanakan di lot yang telah di jangkiti termasuk lot-lot sekitar di bawah Syarikat  Milikan Risda iaitu Risda Agro Sdn. Bhd. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya