Pusat data serantau Microsoft di Malaysia - Utusan Malaysia

Pusat data serantau Microsoft di Malaysia

Muhyiddin Yassin menyaksikan majlis menantangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara K. Raman (dua kiri) dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Seri Dr. Yusof Ismail (dua kanan) pada Majlis Pelancaran Microsoft Bersama Malaysia Global Event di Putrajaya, semalam. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan). –UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaburan Microsoft bagi penubuhan pusat data serantau pertama di Malaysia akan membantu menjana keuntungan sehingga RM19 bilion dalam hasil baharu sepanjang tempoh empat tahun akan datang.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman berkata, ia merupakan inisiatif Microsoft Bersama Malaysia bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital terangkum dan menggiatkan transformasi digital negara dalam ekosistem rakan strategik kerjasama tempatan dan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan awan di negara ini.

Katannya, inisiatif itu bakal membuka peluang 19,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung sekali gus menandakan kejayaan besar Microsoft sepanjang tempoh 28 tahun beroperasi di negara ini.

“Pembinaan infrastruktur penting untuk memajukan ekonomi digital negara dan menjadi pencetus perubahan bagi Malaysia, membolehkan kerajaan dan perniagaan untuk menyusun semula dan merombak operasi mereka demi manfaat semua lapisan rakyat,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Microsoft Bersama Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini semalam.

Beliau berkata, Microsoft akan menubuhkan pusat data serantau pertama itu di persekitaran Greater Kuala Lumpur dan menyediakan capaian kepada kemudahan Microsoft Cloud serba lengkap.

Katanya, ia termasuk Microsoft Azure yang membolehkan sesiapa sahaja mereka cipta dengan tujuan khusus menggunakan perkhidmatan dan keupayaan awan merangkumi pengkomputeran, perangkaian, pangkalan data, analitik, kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT).

Beliau menjelaskan, menerusi Microsoft 365 pula, ia digunakan untuk berhubung, bekerjasama, bekerja jarak jauh dan belajar dalam talian dengan alat produktiviti inovatif.

“Dynamic 365 dan Power Platform untuk membina dan menguruskan penyelesaian kritikal yang boleh diskala dengan aplikasi perniagaan pintar.

“Pusat data serantau ini akan menyediakan Zon Ketersediaan Azure, mempersiapkan daya tahan lebih kukuh bagi aplikasi yang sentiasa tersedia sambil menyokong matlamat kelestarian Microsoft,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Microsoft membuat komitmen global untuk beralih 100 peratus kepada tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya